Selamat Hari Lahir Ke 61 Encik Johari

March 03, 2017

Selamat Hari Lahir Ke 61 Encik Johari | Encik Johari ayah saya.. Tiap tiap tahun bila tiba tarikh 3.3 makanya kami adik beradik akan berlumba lumba call Encik Johari sebab nak ucap selamat hari lahir ayah !!! ... Ha aaa berlumba lumba bak ang, sebab apa tau sebab nak dapat nombor satu punya pasal.. Bayangkan sembilan beradik sibuk nak call awal awal .. Hahaha pastu kan kan kan, bila dah dapat bercakap dengan ayah .. mesti akan tanya ayah .. siapa yang dah call ayah hehehe .. Kekadang dapat nombor satu kalau ucapan awal subuh.. Terlebih subuh sikit , dapat nombor terkebelakang laaa jawapnya...



Biasanya tiap kali masuk jer tarikh 3.3 anak anak Encik Johari ni kan, masing masing dah standby ngan handphone awal awal sebab nak call untuk buat ucapan hari lahir.. Kalau jam 12 tengah malam memang takde yang nak call sebab masa ni Encik Johari dah masuk beradu daa.. Biasanya sebelum subuh laa sebab masa masuk waktu subuh En Johari dah berlepas ke surau hehehe .. Lambat sikit jer suara Encik Johari bertukar suara pompuan laaa .. (Mak kita laa tuu hahaha) ..

Untuk tahun ni 2017 atau lebih tepat pada tarikh 3.3.2017 Lya pasti dan sentiasa pasti akan ada ucapan Selamat Hari Lahir Ayah !! Untuk ayah tersayang, tercinta, terbaik, terhensem buat kami adik beradik. LOVE U ENCIK JOHARI..

Kita lanjer sekeping gambar "Dia Lelaki Luar Biasa".. Hehehe glemer tau masuk blog angah.. Siap ngan kasut Phua Chu Kang dia dah.. kalau dah dia start pakai kasut tu.. tanda tanda dia nak pegi layan ternakan dia ler tu.. Ada ayam, itik, lembu dan jugak kerbau.. Semua dia bela.. Sebab tu laa dia susah nak mai jalan jalan umah anak anak sebab ternakan dia takde orang jaga.. Tapi bab suruh anak anak balik dia laju jer hehehe.. Dia AYAH SAYA !!!!! 


Encik Johari.. Dia ayah saya, lelaki pertama dalam hidup saya, peneman masa kecil saya, pembantu masa kecil saya, pelindung saya, sahabat saya, kawan baik saya, suami terbaik mak saya dan semestinya atuk perfect 10 untuk anak anak saya... Hai atuk perfect 10, semoga ayah akan sentiasa sihat walafiat, sentiasa murah rezeki .. sentiasa dalam lindungan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah aamin aamin.. 

SELAMAT HARI LAHIR KE - 61 AYAH. SAYANG AYAH HINGGA KE SYURGA... SANAH HELWAH YA ENCIK JOHARI..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 sang pencerita

  1. Selamat hari lahir buat ayah akak. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah buat en johari. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir en johari :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!