Safi Balqis OxyWhite Produk Terbaru SAFI

March 22, 2017

Safi Balqis OxyWhite Produk Terbaru Safi | SAFI satu jenama produk kecantikan yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana SAFI jenama yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. SAFI sentiasa memahami impian dan kehendak setiap gadis dan wanita yang ingin memiliki kulit wajah cerah sempurna. Produk halal SAFI bukan asing di kalangan kita, Lya sendiri salah seorang pengguna barangan SAFI. Lya memilih SAFI kerana keberkesanan produk SAFI diperakui dan terjamin kualiti dengan jaminan harga rendah dan mampu milik. SAFI pastinya pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Safi Balqis  OxyWhite Untuk Kulit Wajah Cerah Sempurna


Safi Balqis OxyWhite Untuk Kulit Wajah Cerah Sempurna


Untuk kesekian kalinya SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI BALQIS yang diperkaya dengan formulasi oxywhite iaitu gabungan Nano Oxcygen dan Nano BioWhite agar kulit tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Produk baru dalam legasi SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OXYWHITE. SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.

Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran SAFI menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa.

Safi Balqis  OxyWhite Untuk Kulit Wajah Cerah Sempurna



Formulasi baru SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat


Safi Balqis  OxyWhite Untuk Kulit Wajah Cerah Sempurna

Saiz Pek : 50g/ 100g
Harga : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:

● Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
■ Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
● Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
■ Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1


Safi Balqis  OxyWhite Untuk Kulit Wajah Cerah Sempurna

Saiz Pek : 150ml
Harga : RM17.40ml (selepas 6% GST)

Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:

●Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
■ Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Treedan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
● Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
■Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
●Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

Safi Balqis  OxyWhite Untuk Kulit Wajah Cerah Sempurna

Saiz Pek : 45g
Harga: RM 20.20 (selepas 6% GST)

Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

●Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
■ Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
● Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
■Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
●Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

Alami kulit wajah yang cerah sempurna dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rutin penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis dan wanita.

Produk Safi Balqis OxyWhite boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluranYoutube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia .

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..