Lawatan Ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu PSKT

Lawatan Ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu PSKT | Awal cuti sekolah baru baru ni pada 18 Mac 2017 anak anak Lya, Akif dan juga Iman telah menyertai lawatan bersama Kelab Nazim Kemaman ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu PSKT. Lya turut mengikuti anak anak Nazim untuk sesi lawatan kali ini. Alhamdulilah perjalanan pergi balik kami seramai 45 orang termasuk guru pembimbing berjalan lancar. Lya kongsikan aktiviti kami sepanjang berada di sana. 


Kami tiba di Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu PSKT pada jam 11 pagi. Masa ni tak de ramai orang sangat hanya beberapa orang sahaja. Mungkin masih awal kot. Mula mula sekali kami di bawa ke bilik tayangan untuk menonton filem pendek mengenai Sains. Seronok sebab dapat duduk kat dalam bilik tayangan berbentuk seakan akan glob. Memang best sebab masa menonton nampak betul betul cam realiti..Siap dengan sistem bunyi yang canggih bagai... Kat dalam bilik ni gelap jadi takde laa gambar masa menonton.. Ok lepas selesai menonton anak anak Nazim di bawa ke zone NATURE DISASTER.  Banyak juga aktiviti anak anak Nazim lakukan sewaktu berada di zone NATURE DISASTER.

NATURE DISASTER 







Selesai aktiviti di zone NATURE DISASTER, anak anak Nazim di bawa ke.zone seterusnya iaoti SPARK YOUR CREATIVITY. Kat sini Akif dan kawan kawan belajar mengenai sains dan buat aktiviti kat dalam kawasan Learning Information Center di kendalikan seorang kakitangan PSKT. Anak anak nampak seronok bila join aktiviti camni.. 


SPARK YOUR CREATIVITY 


Selesai dengan amali sains anak anak join sudut kreatif. Kali ni diaorang di ajar untuk membuat sebuah roket dalam satu kumpulan yang dibahagi dengan dua orang.

Ni kumpulan abang iman, berdua dengan Azzim. 

Ni pulak abang Amri kumpulan dengan Akif..Dah siap buat roket, pastu berkumpul kat tengah tengah kawasan lapang untuk pelancaran roket. Masa ni memang seronok tapi tak sempat pulak nak tangkap gambar masa pelancaran semua roket yamg di buat anak anak Nazim.

Tangkap gambar untuk kenang kenangan dulu..

Senyummmm...

Dah habis aktiviti buat roket dan melancatkan roket, seterusnya anak anak Nazim di bawa ke zone STEMEC. STEMEC bermaksud Science, Technology, Engineering, Mathematics, Exploration Centre . Dekat sini diaorang semua di ajar cara cara nyalakan lampu, cara cara buat bunyi loceng, tonton kereta robot beraksi kat litar, menggunakan teleskop dan juga penggunaan komputer.

STEMEC


Khusyuk duk tengok robot beraksi..

Sempat lagi layannnnn...


Bergambar dengan kumpulan lelaki..

Last sekali dan aktiviti paling di tunggu anak anak Nazim. Kami ke zone DINOTREK 2. Jommm kita tengok dinosour.. Masing masing excited sesangat nak tengok dinosour. 

DINOTREK 2

Posing dulu ..

Muka dah tak sabar dah tuuu..Sebelum masuk beratur elok elok dulu baru boleh bagi masuk.
Kalau tak dengar cskap takle tengok Dino..

 Posing ngan dino..







Last sekali sebelum balik..Bergambar beramai ramai berlatar belakangkan Dino paling besar kat PSKT..

Musim cuti sekolah ni memang sesuai kalau nak bawa anak anak ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu PSKT kerana pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan.. Semoga cuti sekolah kali ni memberi banyak manfaat untuk anak anak kita. InsyaAllah.. Kat bawah ni Lya sertakan alamat PSKT jika korang berminat untuk berkunjung ke sana..

Terengganu Science & Creativity Terengganu / Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
Kampung Laut, Chendering,
20180 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: +609-617 4004 Fax: +609-617 4005

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.