Jom Shopping Sempena Lazada Birthday Sale 22 Hingga 24 Mac 2017

March 22, 2017

Jom Shopping Sempena Lazada Birthday Sale 22 Hingga 24 Mac 2017 | Lazada Malaysia sebuah laman membeli belah secara atas talian akan menyambut ulangtahun ke lima untuk tahun 2017. Happy birthday Lazada. Semoga Lazada akan terus berkembang maju seiring pertambahan usia. Bersempena sambutan ulang tahun ke lima, Lazada menawarkan diskaun hebat sehingga 90% untuk barangan terpilih pada 22 hingga 24 Mac 2017. Jangan lupa tau !! 
LAZADA BIRTHDAY SALE BERMULA 22 SEHINGGA 24 MAC 2017. Korang pasti tidak mahu ketinggalan untuk turut sama membeli belah secara online sempena Lazada Birthday Sale. Jom shopping barangan kesukaan korang sempena Lazada Birthday Sale 22 hingga 24 Mac 2017 nanti. Korang pasti teruja kerana kebanyakan produk yang ditawarkan selama tiga hari adalah item yang menjadi rebutan ramai, tambahan pula kadar harga yang ditawarkan amat berbaloi baloi untuk korang.


Lazada Birthday Sale 22 Hingga 24 Mac 2017

Lazada Malaysia turut berkongsi hadiah bersama blogger Malaysia sempena ulangtahun Lazada yang ke lima. Terima kasih Lazada atas perkongsian hadiah yang cukup awesome!. Kalau dua tiga hari lepas Lya dah cerita mengenai barangan yang Lya dapat dari kotak surprise Lazada, LAZADA SURPRISE BOX DARI LAZADA MALAYSIA BETUL BETUL AWESOME kali ni Lya nak sambung cerita mengenai dua lagi produk yang Lya dapat dari Lazada Malaysia.Jeng jeng jeng produk apakah itu ? ... 

 Pensonic Personal Blender dan juga Cornell Hair Dryer. Tq Lazada Malaysia. 

PENGISAR PERIBADI JENAMA PENSONIC

Pengisar peribadi jenama PENSONIC pastinya pilihan terbaik yang perlu ada kat dapur korang.
Lya dah ada satu dari Lazada, walaupon Lya belum guna lagi pengisar ni tapi Lya nak citer la sikit mengenai ciri ciri pengisar peribadi jenama PENSONIC untuk korang. Mana la tau kot kot korang tengok tengok tenung tenung lelama korang berkenan nak beli. Tu macam dah ada aura nak membeli dah tu.. duk telek telek dah tu. Tapi sebelum korang beli, kita risik risik dulu apa yang bestnya pengisar peribadi ni... 


Pensonic Personal Blender PB4003B-250W di datangkan dengan 1 motor pengisar dan juga dua sport botol. Sangat sangat sesuai untuk mengisar buah buahan dan juga sayur sayuran kalau korang nak buat jus. Cukup mudah untuk menghancurkan ais dengan bilah pemotong pengisar yang tajam dari keluli tahan karat. Dengan berat sekitar 4.5 amat sesuai untuk korang bawak pergi travel. Mana la tau kot kot korang nak travel nak buat jus ke, nak kisar bubur anak anak ke, boleh la beli satu. Lya syorkan korang beli pengisar peribadi dari PENSONIC ni haaa. Korang tak perlu risau kerana pengisar peribadi dari PENSONIC ni mempunyai Warranty selama setahun. Jadi apa tunggu lagi jom la beli kat SINI sempena Lazada Birthday Sale 22-24Mac 2017. Beli jangan tak beli. Nanti kan dah tamat SALE baru nak beli tak dapat dah harga sale....




PENGERING RAMBUT JENAMA CORNELL

Pengering rambut jenama CORNELL, satu lagi hadiah hebat dari Lazada untuk Lya. Cakap bab bab pengering rambut ni kan, Lya memang tak pernah beli pengering rambut sebelum ni. Kiranya pengering rambut CORNELL dari Lazada adalah yang pertama untuk Lya dan keluarga. Alhamdulillah terima kasih Lazada Malaysia. 


Cornell Hair Dryer CHD-E2001W didatangkan dengan fungsi Ionic dan dua kelajuan dengan tiga pilihan pemanasan dengan fungsi pancutan dingin. Pemegang boleh lipat dan letakkan cangkuk untuk penyimpanan lebih mudah. 


Tempoh jaminan pengering rambut jenama CORNELL selama satu tahun. Amat sesuai untuk korang dapatkan segera pengering rambut jenama CORNELL sempena Lazada Birthday Sale 22-24 Mac 2017 dengan harga gila gila murah. Korang boleh terus klik kat SINI untuk pembelian lebih mudah dan cepat. Dapatkan segera sementara stok masih ada. 

Ok dah tamat dah citer Lya mengenai surprise box Lazada untuk kali ni. Semoga Lazada akan terus maju dan berkembang di masa masa akan datang. Terima kasih sekali lagi buat Lazada Malaysia untuk hadiah hebat ini. Korang jangan lupa shopping kat Lazada pada 22 hingga 24 Mac 2017 sempena LAZADA BIRTHDAY SALE okey. Jangan lepaskan prluang hebat ini. Bukan selalu tau Lazada buat sale gila gila murah camni.... Lya pon dah tak sabar nak shopping, tengah usha usah jugak ni kot kot ada barang yang berkenan di hati memang nak beli. Jom terjah website Lazada sekarang jugakkkk !!!

#LazadaSurpri5e #LazadaSurpri5eBox

Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada dan juga Lazada Birthday Sale, korang boleh refer pada link kat bawah  ya :

Laman Web Lazada - https://www.lazada.com.my
Facebook Page Lazada - https://www.facebook.com/LazadaMalaysia/
Instagram Lazada Malaysia - https://www.instagram.com/lazada_my/

Happy Shopping !!! 

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. Selalu shopping di lazada tapi take pernah lagi dapat hadiah surprise. Tahniah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.