Hadiah Hari Lahir Untuk Akif

Hadiah Hari Lahir Untuk Akif | Jeng jeng jeng, si kecik Akif ni kan dia dah buat sesiap senarai hadiah yang dia nak sempena hari lahir dia yang ke lapan tahun .. Antara yang tersenarai, hadiah yang dia nak ialah Ikan laga aka Ikan Sekilau, bola, jersey dan juga kasut bola. Ni antara yang di senaraikan dan senarai paling atas yang dia tulis ialah ... Ikan Laga ..

Dek kerana dia dah senaraikan ikan laga paling atas makanya Umi dengan abah akan tunaikan permintaan dia. Jadi Umi dengan abah bawak dia pergi kedai haiwan. Nak beli ikan laga kena la bawak dia sebab dia nak pilih mana satu yang dia nak. Kan kalau Umi abah yang pilih dia tak berkenan pulak. Makanya sehari sebelum hari lahir Akif, pada tarikh 4.3.2017 tu kami satu family berkunjung mesra ke kedai haiwan peliharaan kat Bandar Chukai Kemaman. Hehehehehe berkunjung mesra gitu. Haa aa bawak sekali hajat si kecik nak beli ikan laga .. 

Mula mula tengok tengok intai intai dulu. Pastu dia jalan ke sana ke mari duk pilih mana satu yang berkenan di hati. Bila dah banyak sangat pilihan dia pon naik pening daaa..

Perhati jer duk tengok bebetul mana satu idaman hati dia.. Umi abah masa ni tengah bertabah duk tunggu Akif buat pilihan.Lama bebenooo nak pilih mana satu dia suka.

Rambang mata dah tu sebenarnya.. Dan akhirnya dia minta bantuan kakak insyirah untuk pilih yang terbaik buat dia.. Satu jam duk kat dalam kedai ni saja. Huaaaa mereputtt Umi.

Akhirnya dia buat pilihan... satu ikan laga betina dan satu ikan laga jantan.. Budak kat kedai cakap boleh letak sekali OK jer takde masalah sebab tu la beli dua ekor. Hajatnya nak beli ikan laga jer la tapi masa nak bayar, Umi terpandang pulak akuarium kaca  cantik kecik molek jer kat kedai tu, terus laa beli satu. Dah beli akuarium nak jugak beli pokok pokok hiasan untuk akuarium. Makanya beli la pokok pokok hiasan pulak..Nampak pulak batu batu hiasan yang cantik warna warni terus beli sekilo. Cantik jer nampak warna warni. Boleh la letak dalam akuarium. Akhirnya dari nak beli ikan laga terus beli akuarium dan jugak set untuk mendeko akuarium sekali. 

Nah bawak balik kat rumah .. Semua sekali termasuk akuarium kecik jenis plastik satu lagi takde dalam gambar .. RM35 .. Malam baru mendeko akuarium dia .. 

Taraaa comel dah dua dua ekor duk sekali. Tanak gaduh gaduh okey..

Time kita nak tangkap gambar yang betina sekor tu kan tanak bergambar la pulak asyik malu malu duk menyorok kat belakang pokok. Takpe laa dah malu nak buat camno.

Ok tu hadiah pertama yang Umi dengan abah belikan untuk Akif. Ada satu hadiah special dari Umi abah untuk dia. Masa ni Umi sorang jer pergi beli tak ajak dia sebab tanak dia tahu.. Dah beli cecepat sumbat masuk kat dalam bonet kereta. Dia langsung tak perasan Umi abah belikan hadiah satu lagi untuk dia .. 

Taraaa .. 5.3.2017 jam 10 pagi lebih kurang kami satu family sambut beday Akif. Alhamdulillah dia gembira sangat dengan sambutan hari lahir yang Umi abah buat untuk dia. Ucapan terima kasih dan ciuman indah dari dia.. Umi takkan lupa .. Alhamdulillah anak Umi suka dan gembira .. 

Ok tiba part nak keluarkan hadiah.. slow slow Umi keluar ambik hadiah dia kat dalam kereta.. Kita tengok reaksi dia.. Fuhh bila dia tengok jer plastik Al Ikhsan dia lompat lompat dah.. terus cakap Umi beli bola .. Ya Allah dia  boleh teka rupanya. Atau dia memang mengharapkan Umi abah belikan dia sebiji bola. Dia suka sangat siap peluk peluk Umi abah ucap terima kasih .. 


Mula mula dia terkejut laa jugak.. Ya laa Umi abah tak bagitau ada satu lagi hadiah untuk dia..Dia tengok plaatik jer dia dah boleh teka apa kat dalam... 

Tak sabar dah tu nak tengok bola jenis apa yang Umi abah belikan ..

Dia suka .. Alhamdulillah ..

Posing kejap dengan hadiah .. Memula nak posing satu jer ..

Pastu terus posing posing dan posing lagi.. Layan jer laaaa.. 

Ok ingat yang ni dah last .. Senyummm manjang.
Tup tup ada lagi . Ermmmm

Ok last bebetul laa ni .. 

Sungguh Umi abah gembira bila tengok keceriaan dia. Semoga tahun hadapan kita dapat sambut birthday akif sama sama lagi okey .. Sanah Helwah Ya Akif .. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Wah ikan laga juga yg jd pujaan hati. Btw, happy birthday Akif.

    BalasPadam
  2. fae pernah bela ikan laga also tapi dahmati dah huhu

    minta sikit kek tu ekekeke

    BalasPadam
  3. Akurium tu satu set RM 35? Murahhhnyeee... Rasa cam nak pi beli skrg...

    BalasPadam
  4. Hepi besday Akif! Semoga jadi anak yg soleh... Aminnn...

    BalasPadam
  5. Happy Birthday Akif..Suka tengok lesung pipit akif tu..mahal tauu..hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.