Aku Tak Didik Anak Untuk Jadi Kurang Ajar TAPI ...

AKU Tak Didik Anak Untuk Jadi Kurang Ajar TAPI ...| Prinsip aku mudah jer. Didik anak kerana anak anugerah Allah yang paling BERNILAI dalam hidup aku dan juga suami. Didik anak kerana anak amanah Allah, pinjaman sementara untuk aku dan juga suami. Aku tak didik anak untuk jadi kurang ajar tapi aku didik diaorang untuk jadi insan terpelajar, baik anak sulung hingga ke anak bongsu didikan kami suami isteri sama. Takde pilih kasih takde lebih kasih sayang. Semua sama sebab mereka anak anak kami., zuriat kami. Penyambung warisan buat kami .. 

AKU tak didik anak untuk jadi kurang ajar TAPI bila kawan kawan diaorang TERLAMPAU KURANG AJAR dengan diaorang, maka aku perlu BAGI AJARAN camne nak jadi TERPELAJAR dan hormat kawan. Ini kisah anak perempuan aku dan kejadian ni SATU TAMPARAN besar buat aku sebagai Umi dan SATU TAMPARAN besar buat Insyirah sebagai pelajar dan juga anak aku. Aku didik Insyirah penuh dengan adab dan tatasusila, aku tak didik dia untuk melawan, melenting, cakap benda tak sopan, apalagi UNTUK MEMBULI SESEORANG. Memang aku tak pernah ajar dan takkan ada sejarah ajaran sesat gitu dalam family aku. 

Malam semalam jam 11 malam, Insyirah call dari asrama cakap sakit perut. Aikk, tadi makan apa boleh jadi sakit perut ni dah tengah malam ni.. Dia cakap ada sesuatu berlaku arini. Kakak tertelan ubat gig Colgate sebab tu perut kakak sakit. Mak aii camne boleh telan ubat gigi Colgate, setahu akula dia alah ngan ubat gigi Colgate dan aku memang tak beli Colgate. Ok mula la dia citer dari A hingga Z dan cerita dia betul betul menyentap tangkai jantung aku sebagai seorang ibu. Tak pernah lagi sebelum ni dalam sejarah persekolah Insyirah di BULI. Tup tup kali ni dia di buli. Cerita dia .....

Tadi kan kat sekolah ada la kawan kakak dari kelas lain dia cakap la awak nak biskut tak? Nak rasa biskut tak? Kakak cakap la tanak sebab dah kenyang. Pastu kan kawan kakak tu dengan kawan kawan dia sumbat biskut kat dalam mulut kakak. Kakak tertelan laa biskut tu baru kakak perasan ada bau ubat gigi. Pastu kawan dia ketawakan kakak cakap kakak bodoh sebab makan biskut ubat gigi Colgate .. Sebab tu la kakak sakit perut sekarang ni Umi..

Ya Allah ! Masa mula mula dengar cerita dia tu, tang tang tu jugak rasa cam nak bagi penampar jer sebijik kat budak yang buat tu.. Memang tahap sabar senipis kulit bawang dah masa tu. Tapi En Hubby cakap sabar dulu, esok kita pergi jumpa demgan budak budak tu.. Makanya keesokan harinya iaitu petang semalam masa hantar kakak ke asrama memang aku tak bazir masa terus cari budak kurang asam tu kat asrama. Perghh masa mula mula jumpa tu kan boleh pulak dia jeling jeling bagai, memang sah nampak cam PEMBULI la sangat ni. Aku memang tak de tatasususila kesopanan dah masa tu aku terus jer ke point penting  " APAKEHAL KAU SUMBAT BISKUT UBAT GIGI DALAM MULUT DIA " sambil tangan aku tuding pada Insyirah. Budak tu senyap tak berjawap, aku ugut nak call mak ayah dia. Aku ugut nak jumpa warden aku ugut lagi nak jumpa pengetua. Pastu dia ngaku dia buat. Perghh pandai dia, ngaku jugak akhirnya. 

Lepas tu aku tanya lagi.. Masa ni kan cara aku cakap tanpa kesopanan dah sebab aku dah hilang sifat tu sekejap kerana budak tu. Aku tanya lagi, Apa kes ko buat gitu kat dia.. Ko kenal ke dia, dia buat salah apa kat ko, ko takde kerja ke buat dia gitu hingga semalaman dia sakit perut semalam sebab biskut bodoh ko tu. Ko ni memang kurang ajar kan? Memang peel gitu ke tak cukup.kasih sayang ke camne ko ni, dia diam jer tak berjawap .. Aku tanya lagi, ko rasa tak biskut tu sebelum ko sumbat kat dalam mulut Insyirah, ko rasa ke tak? Ok dia tunduk cakap tak rasa. Ok ni aku ada bawak biskut, kau nak rasa jem apa. Jem ubat gigi, jem tahi, aku nak buat bagi ko rasa camne ko buat kat Insyirah. Ko nak ke ? Pandai pulak tanak. Habis tu yang ko buat dia kat dia ko ingat dia nak ke biskut ubat gigi ko tu. Masa tu aku memang MARAH takle nak tahan tahan memang aku sembur habis habisan. Budak bertiga tu diam tak berjawap satu apapon bila tengok aku marah. Boleh pulak lepas dia sumbat biskut kat dalam mulut Insyirah, dia cakap Insyirah bodoh sebab makan biskut ubat gigi.. Lagi la aku geram yang amat..

Mak bapak korang hantar korang kat sekolah berasrama penuh supaya korang lagi pandai lagi bijak dalam berfikir dalam pelajaran.. Tapi sayang korang bukan buat benda bijak kat sekolah tapi korang bertiga ni buat benda BODOH. Dan benda bodoh yang korang buat tu bagi effect kat anak aku. Korang reti bahasa ke tak? Memang bahasa aku takde dah yang molek molek tapis tapis bagai memang aku sembur sungguh sungguh masa tu. Memang nampak kurang ajar sangat dan ajaran untuk tingkahlaku kurang ajar tu aku nak ajar dengan cara kurang ajar jugak. Bagi diaorang ingat, bagi diaorang takut, bagi pengajaran buat diaorang agar pasni tak buat lagi.. Masa aku tengah marah marah kat budak bertiga tu aku tengok Insyirah berair dah mata dia, berkaca kaca dah pastu dia datang slow slow kat aku dan dia cakap .. Dah la tu Umi, kakak ok dah takpe laa cukup laa tu. Kesian dah kat dia .. SEE itulah anak aku, anak aku yang tak pernah nak sakitkan hati orang tak pernah nak buat jahat kat orang dan tak pernah nak melawan atau jadi kurang ajar. Itulah anak aku. Orang buat dia tapi dia tak buat orang, dia tak pandai nak melawan. Sebab tu la kot bebudak bertiga tu buli dia. TAPI dengan aku jangan memain aku akan BULI BALIK. Ko ingat sesedap rasa ko buli anak aku, aku akan duk dediam. Korang silap.. silap besar bila korang buli anak aku.

Semalam baru permulaaan aku jumpa korang bertiga walaupon banyak lagi tugas aku yang belum selesai tapi sebab korang buat hal aku hilang fokus. Dan kerana korang bertiga AKU JADI KURANG AJAR dan anak aku tengok segala yang berlaku. Yupp kerana korang bertiga aku jadi kurang ajar. Cakap lantang .. cakap lepas tak tengok kiri kanan. Ayat aku pada korang memang pedih tapi korang buat tak reti. Last bukan korang bertiga yang minta maaf tapi aku yang suruh korang minta maaf pada anak aku.. Mana adat korang sebagai pelajar. Aku pon tak tahu kat mana tertinggal adat budaya korang. 

Cerita bersambung.. Semalam Insyirah call lagi.. Dia cakap kakak kakak dekat dorm cakap Insyirah penipu. Aik apakehal pulak kakak kakak kat dorm cakap Insyirah penipu. Budak bertiga tu cerita lain kat dorm dia dan kakak kakak kat dorm kakak dapat cerita dari sana. Pulak dah, semalam aku ingatkan lepas dah bersalam abih laa kisah ni takde dah, tapi lain pulak jadinya.. kakak cakap semua kekawan budak bertiga tu pandang dia sambil jeling jeling kat dia. Diaorang ada cakap esok nak sekat kakak dan tanya kakak kat sekolah dan suruh kakak ngaku kakak penipu. Kakak takut la Umi.. Amboii nak main sekat sekat pulak. Nak main ugut ugut pulak. Budak bertiga ni memang TAK SERIK dan aku kena ajar biar diaorang serik. Arini nampak pada gaya aku kena ke sekolah kakak lagi sekali dan untuk kali ni aku rasa kena jumpa cikgu untuk cari penyelesaian sebab benda ni boleh mengganggu pembelajaran anak aku. 

Sah aku ke sekolah kakak lagi petang ni.. Nanti aku sambung citer selanjutnya. Nak kena rehat minda jap sebab kepala aku dah pening sangat sangat dengan masalah yang menimpa kakak.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. astaghfirullahalazim...aduhai budak budak la ni. memang geram saya baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni budak2 terlampau maju ke hadapan dan terlalu banyak masa nak buat benda2 pelik

      Padam
  2. Tindakan yang baik. Pembuli ni kena ajar sikit. Kalau kena biar, lama-lama pandai naik kepala dan menjadi-jadi.

    Bagi pengajaran sikit, baru padan muka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni macam2 benda berlaku kat sekolah..cikgu pon kekadang tak sempat nak tengok budak2.. jadi kita sebagai mak ayah kena lebih alert bila anak2 bgtau tentang masalah diaorang..

      Padam
  3. Hamvoi..kecik-kecik dah pandai buli orang.. sabar banyak-banyak ey kak lya..

    BalasPadam
  4. Sedih PC dengar kak...sedih sebab ada pembuli di sekolah berasrama..biar pun pembuli ada di mana-mana tapi sewajarnya zero pembuli di sekolah berasrama terutamanya..bukan pelajar dari sekolah biasa tidak bagus...tidak berkualiti...bukan kerana mereka ada keistimewaan tersendiri begitu juga sekolah berasrama ni..harapnya mereka bukan saja bijak akademik..bijak juga mengawal akal dan emosi..

    BalasPadam
  5. Memang kurang ajar budak2 pembuli tu..saya yang baca pun, marah..lia, report kat cikgu & mak bapak dorang lia..kalau tak report, nanti mak bapak nya ingat anak2 dorang kat sekolah elok perangai..padahal macam HANTU..tak padan dengan pompuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah report dah tapi lain pulak cerita yang timbul..emm pengetua plak macam nak tutup kes la tanak heboh2..

      Padam
  6. Kalau begitu, memang jelas kes buli tu... jika pihak sekolah jawab macam tu, akk boleh terus suarakan kepada PPD... dan sekrg ni ada sistem aduan kes macam ni terus kepda KPM... akak boleh rujuk guru disiplin..

    sepatutnya pihak sekolah kena buat siasatan... amaran kepada pelajar2... dan lagi satu pihak sekolah ni biasanya la kan.. dia boleh tau pelajar ni mcm mana... blh tahu..budk tu bermasalah ke tak... jenis suka menipu ke tak.. tapi kalau itu jawapan guru, memang sangat tak patut. akk blh terus ke pihak atasan.. tuntut hak akk.. sbb itu memng jelas kes buli... kalau anak akk tak kacau pembuli dan pembuli memang sengaja buli.. mereka patut kena hukum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu maria..tq tau sudi luangkan masa balas pm ..

      Padam
  7. Semoga dapat selesai secepat mungkin... Harap2 tak mengganggu emosi anak... Semoga dipermudahkan segala urusan...

    BalasPadam
  8. Isshhh... Sakit hati plak kita yg membacanya. Konghajar sangat budak bertiga tu. Apa yang dia dengki sgt ngan kakak. Smoga dipermudahkan olehnya. Sian kakak.

    BalasPadam
  9. Huh! Sakit hati pulak baca.. Mummy dah pernah kena. Budak zaman sekarang memang dah takde budi bahasa.. Mummy aritu siap jumpa mak2 budak2 yang buat hero2 mummy.. skrg dah tak kacau lagi.. ( Tapi waktu tumemang suara mummy dah boleh dengar satu taman sampai ugut2 nak report polis lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni mak ayah kena lebih main peranan utk anak masing2..kalau tak kesian kat anak2..

      Padam
  10. Ishh takut betul budak2 sekarang. Kasihan ke anak. Terganggu pelajaran anak akak nanti. Hope akak berjaya selesaikan perkara ni secepat mungkin. Memang betul akak cakap, ibu bapa perlu mainkan peranan untuk melindungi anak2.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.