Salam Jumaat Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini ?

Salam Jumaat yang barakah,Alhamdulillah kita telah berada pada hari Jumaat minggu ke-2 pada tahun 2017. Apakah matlamat 2017 anda? Semoga kita semua menyimpan azam untuk lebih banyak bersedekah dan memberi manfaat kepada orang lain pada tahun ini. 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”

In sha Allah, lebih banyak program bantuan yang akan dianjurkan oleh MVM pada tahun ini. Kami juga telah membuka kempen tajaan bagi 3 program dibawah ini.

Seorang ibu tunggal di mana beliau telah kehilangan tempat bergantung hidup kerana kematian suami dan ayah beliau. Lebih menyayatkan hati, anak perempuan yang dikasihi tersebut turut dijemput Ilahi disebabkan oleh demam denggi. Kehilangan ini amat dirasai oleh beliau yg kini terpaksa bersendirian untuk mencari rezeki bagi keperluan anak-anak yang masih belaja

Terdapat 3 jenis bantuan yang akan diberikan :
.
➳Bantuan Perniagaan – Mesin Uli Tepung (Mixer) 
➳Bantuan Perniagaan – Bahan Mentah Kuih-Muih 
➳Bantuan Modal & Promosi Perniagaan



2) Infaq Pembinaan Kelas/Latihan & Surau

Jika sebelum ini, kami perlu menyewa ruangan atau kelas ditempat lain di mana ia memakan kos yg agak tinggi. Untuk tahun 2017, besar harapan kami di MVM untuk membina satu kelas latihan / kemahiran bagi tujuan memberikan pendidikan serta ilmu.

Selain itu, MVM turut merancang untuk membina sebuah surau MVM untuk memberi keselesaan semasa solat kepada para sukarelawan atau sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat urusan MVM.

Bagi merealisasikan target 2017 ini, pihak Muslim Volunteer Malaysia - MVM amat berbesar hati jika anda ingin memberi infaq/sadaqah jariyah atau tajaan pada sebarang nilai seikhlas yg anda inginkan.

Satu bahagian infaq bernilai RM250. Pihak MVM memerlukan 52x org penyumbang untuk infaq pada pembinaan kelas/latihan & surau MVM.





Apabila anda turut serta menyokong kempen ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai modal kewangan agar kami dapat menjalankan lebih banyak program amal untuk meringankan bebanan yang ditanggung keluarga asnaf insyaAllah....




Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796


HARAPAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Besar harapan kami di MVM jika anda mengambil peluang yang ada ini untuk memberikan sumbangan dari segi dana / ataupun anda juga boleh bantu dengan share/hebahkan email ini di fb, twitter, instagram,blog,group Whatsapp mahupun telegram.

Marilah kita sama-sama meringankan beban setiap orang yang memerlukan bantuan.Mana tahu, disebabkan kemurahan hati kita, ramai insan yang dilanda kesusahan mampu mendapat nafas yang baru dalam menjalani kehidupan, menyumbanglah seikhlas hati meski RM5, RM10 mahupun RM50....Apa jua yang termampu dari kita.

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan/sumbangan dibuat, boleh klik dibawah::

Jejak Mahabbah 2.0: www.billplz.com/TabungMahabbah
Infaq Pembinaan Kelas & Surau MVM: www.billplz.com/InfaqMVM
Bersama Muslim Volunteer Malaysia hebahkan kempen-kempen diatas,supaya dana yang diperlukan, dapat pihak MVM berikan kepada mereka yg memerlukan bantuan.

Sama-sama kita mencari bekalan akhirat dengan membanyakkan bersedekah.

Semoga usaha ini dipermudahkan.
Amin...

Ps: PENDAFTARAN #VOLUNTEERMVM 2017

Bagi anda yang ingin menjadi #VolunteerMVM pada tahun 2017, boleh daftar disini segera >> https://mvm.org.my/sukarelawan

FAQ & Info lanjut tentang #VolunteerMVM, klik sini >> https://mvm.org.my/f-q-info-terkini-pendaftaran-sukarelawan-mvm-2017/2862



Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.