Pokok Mata Kucing Wan Dah Berbuah

January 29, 2017

Pokok Mata Kucing Wan Dah Berbuah | Balik kampung kebetulan buah mata kucing dah boleh makan.Sepohon pokok jer yang ada tapi buahnya boleh tahan laaa..Boleh la makan dengan anak anak..Besar besar la jugak buah mata kucing kat rumah Wan...Wan cakap pokok baru belajar nak berbuah..


Buah dia manis sangat..Sedap pulak tu.Biasa kalau beli takde la semanis buah yang Wan tanam.Manis giti gitu jer la..Ni memang manis dan isi pon tebal.Anak anak memang suka buah mata kucing,apalagi duk petik jer laa buah yang nampak depan mata..petik makan...petik makan..seronok betul diaorang balik kamoung kali ni boleh makan mata kucing..Alangkah sukanya diaorang bila balik kampung..



Ni buah mata kucing paling last aku jumpa,tersorok kat celah celah daun...takde la besar sangat kecik jer tapi dah masak dan boleh makan.Walaupon kecik,rasanya manis jugak macam yang besar besar yang mula mula petik..




Kat hujung hujung dahan tu ada tujuh bijik..kira banyak jugak laa..tak padan pokok kecik..tengok batang pon kecik jer..tak sangka laa berbuah banyak dan manis..



Oo gini eaaa daun pokok mata kucing..selama ni tak pernah tengok lagi pokok dia..Ni la baru tengok..Balik dulu pokok kecik jer tak perasan la pulak kita ni pokok mata kucing..Alih alih dah berbuah baru la perasan..



Ni haa pokok dia..batang yang paling halus kat tengah tengah tu la pokok mata kucing..yang lain tu kayu jer,Wan pacak buat tongkat pokok..



Harap harap balik lain kali pokok mata kucing ni berbuah lagi banyak..Boleh layan mata kucing lagi...InsyaAllah semoga panjang umur pokok mata kucing dan berbuah dengan lebat..


Artikel Menarik yang Lain

5 sang pencerita

  1. singgah sini dan follow :)http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/01/consufed.html

    ReplyDelete
  2. dekat rumah kakak saya pun ada pokok mata kucing ni, sama jugaklah kot usianya...baru belajar2 berbuah :D

    ReplyDelete
  3. Wahhh dah ada hasil, teringat mama ada beli mcm2 pokok buah kat upm

    ReplyDelete
  4. waa.. saya tak makan sangat mata kucing.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wah kecik2 dah belajar nak berbuah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..