Kempen Tajaan 2017 Muslim Volunteer Malaysia

Sedar tak sedar, kita sudah berada di penghujung bulan Januari 2017. Cepat betul masa berlalu kan? Alhamdulillah, kami di MVM telah pun melancarkan beberapa kempen tajaan bagi tahun 2017 ini. Antaranya adalah seperti berikut : 

1) Bantuan Keluarga Asnaf Pure Heart 2017

Pihak Muslim Volunteer Malaysia membuka peluang kepada orang ramai, untuk membantu menaja 150 keluarga dari golongan miskin dan asnaf yang berpendapatan bawah RM1,000 sebulan yang memerlukan barang-barang keperluan asas untuk mereka meneruskan kehidupan melalui program “Pure Heart”.

Tajaan RM80 = 1 keluarga.
Untuk memberi sumbangan ikhlas, layari www.billplz.com/pureheart atau klik pada gambar di atas. 

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
CIMB Islamik (8602 5378 07)

2) Infaq MVM - Pembinaan Kelas Latihan / Kemahiran & Surau MVM

Sasaran : RM 13,000
- Tajaan Renovasi Kelas Latihan
- Tajaan Peralatan Kemahiran – Projektor, Meja dan Kerusi 
- Tajaan Surau MVM 
- Tarikh tutup tajaan : 5 Februari 2017 
Untuk memberi sumbangan ikhlas, layari www.billplz.com/InfaqMVM atau klik pada gambar di atas. 

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
CIMB Islamik (8602 5378 07)

3) Kempen RM10 bulan Januari 2017

Kempen ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang.

Sasaran = RM 5,000
Tajaan terkumpul = RM 4,460
Berbaki RM540 sahaja lagi
Untuk memberi sumbangan ikhlas, layari www.billplz.com/kempenrm10 atau klik pada gambar di atas. 

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
CIMB Islamik (8602 5378 07)


HARAPAN MVM

Besar harapan MVM jika anda mengambil peluang yang ada ini untuk memberikan sumbangan dari segi dana / ataupun anda juga boleh bantu dengan share/hebahkan email ini di fb, twitter, instagram,blog,group Whatsapp mahupun telegram.

Marilah kita sama-sama meringankan beban setiap orang yang memerlukan bantuan.

Mana tahu, disebabkan kemurahan hati kita, ramai insan yang dilanda kesusahan mampu mendapat nafas yang baru dalam menjalani kehidupan, menyumbanglah seikhlas hati meski RM5, RM10 mahupun RM50....Apa jua yang termampu dari kita.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Semoga urusan kita semua diberkati dan dipermudahkan Illahi.

Catat Ulasan

0 Ulasan