Tema Maulidur Rasul 1438H / 2016 |Tarikh sambutan Maulidur Rasul 2016 jatuh pada 12 Rabiulawal 1438 bersamaan 12 Disember 2016 dengan tema "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah".
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia kerana pada tarikh ini lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.
Sambutan Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW,sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah.
Sama sama kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W dengan penuh yakin serta menginsafi diri.
Sama sama kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W dengan penuh yakin serta menginsafi diri.
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
1 Ulasan
Salam maulidur rasul akak.lya
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.