Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2003,tarikh dimana Allah makbulkan doa dua insan untuk bergelar suami isteri.Tarikh keramat yang tak mungkin Lya lupakan..Tarikh di mana aku telah halal bagimu wahai suami.Bergelar seorang isteri pada 10 Syawal 1424 Hijrah bersamaan 04 Disember 2003...Kini 13 tahun berlalu.Kenangan indah sewaktu diijabkabul dan saat sah bergelar isteri masih segar diingatan..Terima kasih wahai suami,sudi menjadikan aku suri hidupmu..
Lya titipkan doa paling indah ini khas buat kami berdua.
Ya Allah,jadikanlah kami pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu untuk selama-lamanya.Kurniakanlah kami keberkatan hidup,
ketenangan hati dan kerukunan rumahtangga.
Ya Allah,hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih sayang,cinta dan rindu yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikitpun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Hari ini 4 Disember 2016 genap sudah 13 tahun usia perkahwinan Lya dan suami.Syukur
alhamdulillah,perjalanan perkahwinan kami kini melangkah ke usia 13 tahun.Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama.Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga..InsyaAllah..
Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz,Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 13.Terima kasih kerana sudi dan sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang.Sentiasa support setiap langkah yang saya atur,selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh,di sisi saya saat berendam air mata,bertolak ansur dengan kerenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan tiga orang anak kita.Terima Kasih En Hubby...
Sayang saya pada awak tak dapat nak diungkapkan melalui kata kata.Sikap dan cara awak buat saya jatuh cinta dulu,kini dan untuk selama lamanya.I LOVE YOU Mr SUHAIMI.Really really love you.Only you ini my heart..I truly,
madly,deeply love you and always will..How lucky i am to have you by my side..
ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH SWT yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit..Anak anak kita ~ Nur Aina Insyirah , Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz.Our kids are so blessed to have a dad like you...I LOVE YOU.
9 Ulasan
Selamat ulangtahun perkahwinan akak dan suami. Semoga bahagia hingga ke jannah...amin
BalasPadamalhamdulillah.. 13 tahun sudah.. semoga bahagia hingga ke jannah hendaknya.. hee~
BalasPadamdofollow blog ni.. yg ke-1000!
BalasPadamTahniah n alhamdulillah .. semoga kekal hingga ke jannah, bil anak akak pun 3, mereka la cahaya, mereka la emas bagi kita... jom simpan emas demi anak2... he he he
Happy anniversary Lya and husband
BalasPadamSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 13.
BalasPadamAllhamdulilah sis... wow 2003 unni baru darjah 5.. selamat ulang tahun perkhwinan ke 13 kak, until Jannah.. moga dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dpt anak y soleh dan solehah.. in sha Allah..
BalasPadamalhamdulillah. semoga sentiasa bahagia di samping suami & kluarga tcinta serta sntiasa dlm lindungan Allah swt.. amin ya rabbal amin =)
BalasPadamSELAMAT HLANG TAHUN.
BalasPadamselamat ulang tahun kak! 13 tahun sudah ye. alhamdulillah =) Smga kekal bahagia hingga syurga. amin
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.