Nak Topup Free Tak ?

Salam Jumaat dari Lya dan Muslim Volunteer Malaysia - MVM .....


"Anda nak topup free? "
" Nak "

" Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah allahuakhbar . "

" Kenapa zikir ? "

" Topup iman . "

Sebenarnya, sedar tak sedar, kita kini telah berada di hujung tahun 2016.Pihak MVM kini membuka semula "Kempen RM10" untuk bulan Disember.

Apabila anda turut serta menyokong kempen ini,anda telah membantu kami untuk mempunyai modal kewangan agar kami dapat menjalankan lebih banyak program amal untuk meringankan bebanan yang ditanggung keluarga miskin dan asnaf insyaAllah....

Menyumbanglah seikhlas hati meski RM5 mahupun RM10....Apa jua yang termampu dari kita.

➳Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
➳Maybank: 564801647699
➳CIMB: 8602537807

➳Sasaran RM 4,500
➳1 tajaan = RM10 / seberapa sahaja
➳Reference : kempen 10

Atau,

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh taja melalui link dibawah.


Ingatlah dalam rezeki kita ada rezeki orang,bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk menyalurkan rezeki kepada orang lain.


Segala sokongan dan sumbangan sahabat sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Muslim Volunteer Malaysia mendoakan moga Allah swt membalasnya dengan ganjaran yang lumayan di atas keikhlasan anda.

Moga sokongan dan sumbangan sahabat semua akan memberi impak yang besar kepada mereka yang menerimanya.Aamin aamin aamin..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.