Melawat Masjid Kristal Di Pulau Wan Man Kuala Terengganu

Melawat Masjid Kristal Di Pulau Wan Man Kuala Terengganu | Balik kampung baru baru ni Lya dan En Hubby bawa anak anak melawat ke Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu.Sebenarnya dah lama kami anak beranak simpan hajat nak melawat Masjid Kristal tapi setiap kali balik kampung tak berkesempatan untuk pergi.Tapi baru baru ni alhamdulillah ada ruang masa untuk kami sama sama melawat Masjid Kristal.




Sedikit coretan mengenai masjid Kristal.Masjid Kristal dibina daripada kaca dan keluli,masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan Wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.

Pada waktu siang,warna Masjid Kristal kuning-kekuningan.Apabila tiba waktu malam,masjid ini dihiasi dengan pancaran lampu yang berselang-seli dengan warna merah, kuning dan juga hijau.Masjid Kristal pernah terpalit kontroversi kerana kos pembinaannya hampir mencecah RM250 juta.Isu kiblat yang dikatakan silap dan juga isu Solat Jumaat yang tidak boleh diadakan kerana tidak cukup kariah di kawasan tersebut bagi melaksanakan Solat Jumaat.Masjid Kristal yang sangat gah dipandang dari luar ini lebih kepada LAWATAN berbanding untuk BERIBADAH.Masa Lya pergi memang ramai orang yang datang sekadar untuk bergambar dan tidak ramai yang masuk ke dalam masjid untuk mendapatkan info info menarik di dalam masjid.

Paling Lya terkejut,sewaktu kaki melangkah masuk ke dalam Masjid Kristal...Hati rasa nak nangis,rasa sedih,rasa sayu dan pilu.Masjid seMAHAL ini bocor di sana sini.Penuh dengan bekas tadahan air di merata tempat.Pendek kata kebanyakan kawasan dalam Masjid Kristal bocor.Karpet yang cantik dan mahal harganya terpaksa di gulung dan di sandar kat tepi dinding kerana air hujan membasahi beberapa sudut,hanya sudut sudut tertentu sahaja yang tidak di basahi air hujan.Lain lain sudut memang terkena air hujan.

Sebagai anak jati negeri Terengganu Darul Iman,malu rasa diri bila tengok orang luar datang singgah ke Terengganu,melawat Masjid Kristal yang hanya nampak gah di luar tapi bila melangkah masuk kat dalam masjid,penuh dengan bekas plastik tadahan air hujan.Bocor di sana sini.Cuba korang bayangkan dengan harga RM250 juta tetiba masjid ini bocor di sana sini.Nak cakap macam mana ya ? Boleh la Lya letak pepatah gini.. Indah Khabar Dari Rupa...Cantik luaran tak cantik dalaman.Lya amat berharap agar Masjid Kristal dapat dibaik pulih seperti sediakala.Waktu Lya pergi baru baru ni nampak la jugak dua tiga orang duk baiki bumbung masjid.Semoga pihak pihak BERWAJIB dapat memberi tumpuan untuk proses baik pulih masjid ini satu hari nanti.

Ok sambung citer Lya,En Hubby dan anak anak kat Masjid Kristal.Sempat la posing dan bergambar bersama En Hubby dan anak anak waktu melawat Masjid Kristal.Keindahan Masjid Kristal kalau tengok dari luar memang sangat indah..AllahuAkbar indah sangat sangat.Banyak juga la kami sempat rakam gambar waktu melawat Masjid Kristal aritu..


Laluan masuk ke Masjid Kristal..Aritu masa pergi silap parking kereta jauh sangat..Maknya jauh ler perjalanan kami nak ke Masjid Kristal.Berpeluh jugak la anak anak berjalan..

Sambil2 jalan tu kita tangkap gambar banyak banyak..Simpan buat kenangan..Al maklum la pertama kali jejak kaki ke Masjid Kristal.


Dak Akif ni bab bab posing menang dia laa..Sekejap sekejap gambar dia jer penuh dalam galeri...


Taraa ni dia style yang dia tak boleh nak tinggal.Style wajib dia laa kalau bergambar..Ikut suka la nak janji happy..


Kakak Insyirah pon nak bergambar jugak..Layan jer laa..Mula mula ok la bergambar lepas tu dah tanak dah..Sibuk duk jalan sana sini..


Ni part abang Iman pulak.Opkos la nak bergambar dah alang alang sampai kat sini kan..


Ok dah sampai kat kawasan hadapan Masjid Kristal.Cantik sangat rupa bentuk masjid ni..Mula mula tengok gmrasa sangat sangat teruja nak masuk dalam masjid..


Ok posing lagi..


Ok Umi pulak nak posing ngan anak anak..Abah tolong snap gambar okey..


Ni pulak kat bahagian dalam Masjid Kristal.Masa pergi ritu sempat jugak la masuk sekejap tengok keadaan kat dalam masjid dan baca info info menarik yang disediakan kat satu sudut dalam Masjid Kristal.


Ruangan info info mengenai Masjid Kristal..Kalau nak tahu mengenai Masjid Kristal dengan lebih jelas boleh baca info kat situ..

Rehat sekejap sementara abah rakam gambar dan jugak video kat dalam Masjid Kristal.Sebenarnya relaks camni sebab nak tengok senibina kat bahagian atas..

Abang Iman relaks semacam jer..tak sedar dah Umi snap gambar dia..Masa ni dia khusyuk duk tengok lampu kat  bahagian atas.

Ok gambar dia lagi..

Dia lagi dan lagi dan lagi...Gambar kakak ngan abang iman sorang sorang tak banyak pon..Tapi gambar dia..mak aiii banyak bebenoo..

Ok la tu serba sikit yang dapat Lya kongsikan mengenai lawatan Lya,en hubby dan anak anak ke Masjid Kristal sewaktu bercuti kat kampung baru baru ni..Korang yang tak pernah jejak kaki kat sini,cuti cuti ni boleh la jalan jalan kat sana..

Harapan Lya semoga Masjid Kristal yang cantik dan indah ini dapat diperbaiki sebaik baiknya.InsyaAllah aamin aamin..


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. cantik masjidnya di waktu malam & siang, belum pernah jejak ke sini..huhu..kurang maintenance sebab tu bocor sana-sini..

    BalasPadam
  2. besbtnya ritu time ganu tak smpat nk dtg sini

    BalasPadam
  3. Cantik masjid nie.. Sha pernah pergi..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.