Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat

Semakin hari semakin banyak ancaman jenayah terhadap anak anak kecil seperti culik,rogol,dan juga jenayah pencabulan yang sedikit sebanyak amat membimbangkan kita yang bergelar ibubapa.Banyak jenayah dan kisah memyentuh hati berlaku dikalangan kanak kanak.

Sesetengah kejadian jenayah sekarang ni kadang kala macam tak masuk akal apabila ada di kalangan kita tergamak merogol kanak kanak bawah umur.Tapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima dalam keadaan sekarang.

Sebagai ibubapa,walau seprihatin manapon kita,kita memang tidak mampu untuk mengawal keselamatan anak 24 jam.Anak anak perlu ke tadika,taska,sekolah atau rumah pengasuh..Jadi sebagai ibubapa bagaimana kita hendak memastikan mereka selamat.

Pendidikan awal tentang menjaga keselamatan diri sendiri sejak anak usia kecil perlu dititikberatkan ibubapa.Mungkin dengan menggunakan kaedah teknologi dan cara persembahan yang kreatif dan menarik, anak-anak lebih memahami mengapa mereka perlu menjaga keselamatan diri dan bagaimana sentuhan yang selamat atau tidak selamat terhadap diri mereka.


Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun. 

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Balasan
    1. Sama2 en adam..tq sudi singgah blog saya..ada masa singgah la lagi..

      Padam
  2. perkongsian yang menarik..sama-sama lah kita jaga anak2 dari keadaan persekitaran yg tak selamat.

    Promosi November Chara Closet

    BalasPadam
  3. Harap2 kita semua bantu membantu anak2 sekarang. Orang jahat ada di mana2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu..sekarang ni dah tak boleh nka percaya kat orang luar sangat..bukan saja org luar sedara mara sendiri pon ada yang berniat jahat..jadi kena berhati2

      Padam
    2. Bapak pun dah rogol anak. Keluar cerita kat media selalu.

      Itu bapak binatang. Geram aku, rasa nak potong kemaluan bapak gila tu.

      Padam
  4. Maar puan, tadi REPLY melalui blog biar lembu macam tak move. Saya jawab kat sini je.
    Alll rite Lia, nanti saya add. Sekarang saya guna hp. Tak boleh add. Nanti dah add saya beri tau.

    Untuk makluman Lia, dalam bloglist saya semuanya blogger hebat2. Have a look.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.