Semut Hitam Itu Kecohkan Rumah Aku !!

November 23, 2016

Salam all..Selamat tengahari sahabat.Ni cerita semalam.Semalam sesuatu sangatttt.Sesuatu yang MENGKECOHKAN SUASANA dalam rumah Lya.Apa taknya satu rumah terkejut tengah malam jam 2.30 pagi gara gara SI PENGKECOH.Adoii laaa ngantuk mata sebab sebelum tidur Lya makan ubat batuk,jadi bila terkejut gitu mata pon terkebil kebil campur mamai sebab ubat batuk.Nak tak nak CELIK gak mata luas luas..

Apa yang kecoh..Ada sesuatu masuk dalam telinga Akif.Mula mula tu dia gerak Lya bangun..Umi bangun Umi ada benda gerak gerak dalam telinga Akif...Gitu la lebih kurang antara dengar ngan tak dengar jer suara Akif.Bila Lya bangun dia dah mula nangis nangis dah..Terus gerak En Hubby,haahhh ambik sepantas kilat bangun bila dengar ada benda gerak gerak dalam telinga Akif.Abang Iman dengan Kakak Insyirah pon bangun sekali..Apa kebenda pulak yang gerak gerak dalam telinga Akif ni ya..Seingat ingat Lya telinga dia Lya dah bersihkan tak munasabah laa kalau tahi telinga..En Hubby ambik lampu suluh nak tengok kat dalam..NAHHH !! sahih ada benda bergerak kat dalam telinga Akif..Suluh punya suluh akhirnya nampak laa bendalah tu kat dalam telinga.SEEKOR SEMUT HITAM yang sedang menari nari riang kat dalam telinga Akif.


Oh my english betul la semut hitam tu..cam takde tempat lain nak menari nak main main ke,dalam telinga Akif jugak dia masuk adoiilaaaa..Masa ni semut hitam tu tengah aktif dia duk gerak gerak ke sana ke mari,makin di suluh makin rancak pulak dia duk dancing dancing kat dalam tu.Akif macam biasa laa menangis jer la kerja dia..Dia cakap "tak selesa laa dia gerak gerak kat dalam telinga Akif lama dah ni Umi..Akif tak selesa..tak suka.. "Makanya cara pertama sapu Minyak Yu Yee Cap Limau dulu bagi semut tu rasa cam nak pengsan.Tak jadik sebab nampak lagi dia aktif kat dalam sana.Letak pulak minyak angin cap kapak..letak sikit jer tak jalan gak...En hubby ambik penyepit tak dapat gak..Last last En Hubby cakap nak bawak kat hospital kejap je diaorang buat.Apalagi meraung laa dak kecik tu tanak g hospital..Adoii laa kena usaha gak ni buang semut tu kalau tak hingga pagi la tak tidur Akif ni.Makanya Lya letak minyak angin cap kapak kat putik kapas pastu hulur kat dalam telinga sapu sekeliling telinga..Masa ni bila suluh nampak cam semut hitam dah tak berapa aktif hasil penangan minyak angin cap kapak tu..Akif cakap takde gerak gerak dah kat dalam telinga..

Alhamdulillah dah takde gerak gerak dah..Tapi lepas pada tu Akif cakap  ada rasa gerak lagi la Umi..Adoii laa check lagi sekali apa citer..Nampak macam dah pengsan dah tadi..Oo dia gerak gerak lagi..Letak minyak angin cap kapak lagi sekali terus takde gerak gerak dah..Boleh la Akif tidur dengan selesa..Makanya pagi tadi tak pergi sekolah,sakit kepala katanya..Dalam duk main main dia panggil Umi."Umi semut mati semalam tu dah keluar tadi Akif pegang kat telinga ni haa mayat dia..mayat semut tu"..Hehehe keluar jugak akhirnya setelah mati..

Alhamdulillah syukur jugak takde apa apa yang seyess..First time sebenarnya semut masuk dalam telinga Akif.Sebelum ni tak pernah terjadi lagu ni..Sebab tu dia menangis sakan sebab dia ketakutan...Semut oh semut cam takde tempat lain jer ko nak main ya..


Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. letak minyak gamat pun ok. titik terus. hehe

    ReplyDelete
  2. Semua terbangun gara2 semut sekor tu. Ending dia comelnyaaa. Hihi.

    ReplyDelete
  3. mestilah terkjut..kalau kite pun sama agaknya..ehhee..tak selesa dekat telinga

    ReplyDelete
  4. Cmna rasa gerak2 dlm telinga...mesti geli.

    ReplyDelete
  5. Ok semut mmg blh bikin stress.
    Huhuhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..