Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2017

November 12, 2016

Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2017 |Murid  Tahun 6 yang menduduki UPSR 2016 dan mendapat keputusan 6A serta berminat untuk memasuki Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) pada tahun 2017 adalah dipelawa untuk membuat permohonam secara online melalui laman web www.ytrg.terengganu.gov.my atau www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2016 diumumkan.


Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2017 , Syarat Masuk Sekolah Imtiaz , Sekolah Imtiaz , Syarat Kemasukan Ke Sekolah Imtiaz , Semakan Permohonan Sekolah Imtiaz , Senarai Sekolah Menengah Imtiaz , Tarikh Tutup Permohonan Sekolah Imtiaz 2017 , SMIYT


Tarikh Tutup Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2017 



Tarikh tutup permohonan masuk ke tingkatan satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu tahun 2017 adalah 10 hari selepas keputusan UPSR 2016 di umumkan.


Syarat Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2017



1.Mendapat 6A dalam UPSR 2016.
2.Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu.
- Ibu/dan bapa lahir di Terengganu ; ATAU
- Ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3.Keutamaan diberi kepada ibu atau/dan bapa yang merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.
4.Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan,personaliti dan jawi.
5.Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah,sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik,penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
6.Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan - penempatam pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
7.Bersetuju memenuhi semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.


Senarai Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu



1.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Besut 
2.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Dungun 
3.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Kuala Terengganu
4.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Kuala Berang
5.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Kemaman
6.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Kuala Nerus
7.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Setiu


Semakan permohonan,panggilan temuduga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web berkenaan.

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi :

PENGARAH
YAYASAN TERENGGANU,
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
( u.p. Bahagian Pengurusan Imtiaz)

Tel : 09 6221703
Faks : 09 6232944
Email : info@ytrg.terengganu.gov.my


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!