Menahan Sakit Kepala Selama 12 Hari

November 02, 2016

Pagi tadi Lya ke Hospital Besar Kemaman.Pagi pagi dah terpacak kat Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kemaman.Kenapa?...Kerana masalah kesihatan yang Lya hidapi sejak 12 hari yang lalu...Sakit kepala dan juga bengkak pada leher berlarutan selama dua belas hari..Bayangkanlah dua belas hari sepanjang masa dalam 24 jam sakit kepala..Semua kerja tak berapa nak menjadi..Bukan kata tak buat kerja..kerja tu tetap Lya buat tapi dalam keadaan sakit laa tak boleh nak fokus..Nak masak nak siapkan anak anak ke sekolah dan segala kerja kat rumah banyak yang disusun atur oleh En Hubby..Lya buat apa yang Lya rasa boleh buat jer..

Tak pergi klinik ke ? Mau tak pergi..dah pergi dua klinik dah tapi masih di tahap yang sama..Mula mula pergi Doktor cakap bengkak kalenjar kot sebab masa mula mula Lya pergi klinik sebab demam.Ok pegang apa yang Doktor cakap..bengkak kalenjar la kot..Bila tanya kenapa kepala saya sakit 24 jam..Doktor cakap mungkin sebab demam badan tak berapa sihat tu yang jadi sakit kepala tu..Ok pegang lagi satu cakap Doktor..Sebab DEMAM..

Makan ubat yang Doktor bagi..Tapi tak jalan jugak...Demam dah baik lepas dua hari tapi bengkak kat leher dan jugak sakit kepala tak jugak menunjukkan tanda tanda nak baik..Malah makin teruk hinggakan Lya rasa nak hantuk kepala kat dinding sebab sakit sangat sangat..Yaa memang sakit dan sangat sangat sangat sakit..Semalam paling teruk hinggakan susah nak bernafas dan susah nak menelan..Nak telan air liur pon macam lepas tak lepas jer.. 



Makanya pagi tadi Lya terus ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman..Doktor yang check duk tanya itu tanya ini untuk kepastian..Last last tanya..Dua doktor yang check ada bagi antibiotik tak...TAKDE sekadar ubat demam sahaja..ok check lagi lagi dan lagi..cakap lagi lagi dan lagi..Makanya paling last Doktor cakap ok saya bagi antibiotik dan ubat untuk surut bengkak dan jugak ubat tahan sakit untuk sakit kepala..Ok ok angguk jer laa sebab Doktor cakap try antibiotik dulu..Tak jalan jugak kita refer pada pakar...Ok laaa cuba antibiotik la dulu sebelum refer pakar sebab sebelum ni Doktor takde bagi antibiotik pon lagi..Doktor cakap cuba dulu tengok berkesan ke tak..




Sebelum balik masuk sorang lagi Doktor..Check lagi sekali pastu Doktor tu cakap ada bengkak kat gusi..Mungkin sebab tu kot sakit kepala..Refer ke Klinik Pergigian Kemaman..Maka menapak laa aku lima enam langkah ke Klinik Gigi Kemaman..Ok bila Doktor gigi buat pemeriksaan takde pulak dia cakap bengkak gusi..Ok jer..Aku pon naik heran apasal laa Doktor kat Unit Kecemasan cakap ada bengkak gusi..Tapi takpe laa kita buat pemeriksaan gigi laa dah alang alang kat Klinik Gigi..Alang alang dah buat pemeriksaan Doktor pon macam tak busy jer..Doktor cakap gusi ok gigi ok takde masalah..Cuma ada tunggul gigi yang tertanam kat dalam gusi..Mungkin masa cabut dulu tak abih keluarkan katanya..Huaaa abih tu nak kena buat apa?..Muka cuak dah masa tu..Tanak la main cucuk cucuk ubat bius cabut tunggul gigi pulak..Doktor kata takde masalah kalau tak buang pon sebab nampak ok je takde jangkitan ke apa ke..Tapi kalau nak cabut pon takde masalah gak..Hahaha aku yang duk takut ni pilih cabut laaa..Buat pe nak simpan tunggul gigi..Ok makanya cabut jer laaa..Sakit pulak masa Doktor tu cucuk ubat bius huhuhu..Masa tu mungkin sebab duk mikir sangat kot tu yang jadi sakit sikit tu..

Lepas dah buang tunggul gigi yang kecik cinonet tu kan..Doktor cakap bengkak kat leher dan jugak sakit kepala takde kena mengena ngan gigi dan jugak gusi..Gigi dengan gusi normal takde masalah langsung kalau nak dikaitkan dengan masalah bengkak kat leher dan sakit kepala..Makanya Doktor buat satu memo untuk bagi kat Doktor di Unit Kecemasan..Ok settle satu kes..Tak bersabit langsung ngan gigi dan jugak gusi..Makanya Lya kena tunggu habiskan ubat dan jugak antibiotik dulu..Tengok macam mana nanti ..



Ntah apa la yang akan jadi nanti..Lya pon tatau dah nak cakap macam mana..Pagi tadi pon dah pening lain yang sakit lain pulak yang kena buat..Gigi yang tak sakit gusi yang tak bengkak pulak yang kena check..Aduhaii makin pening dah kepala duk fikir sakit apa...Nak tak nak tunggu habis antibiotik dulu laaa gamaknya..Kalau tak ok kita jumpa lagi kat Hospital Kemaman....

Artikel Menarik yang Lain

8 sang pencerita

  1. Maaf Lia, saya jawab kat sini. Melalui blog saya send tadi macam tak move je.

    Alll rite Lia, nanti saya add. Sekarang saya guna hp. Tak boleh add. Nanti dah add saya beri tau.

    Untuk makluman Lia, dalam bloglist saya semuanya blogger hebat2. Have a look.

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah...sabar ya kak...insyaAllah akak sembuh nanti...amin...sedang sakit kepala sikit2 pun dah tak boleh tahan kak..boleh meleleh air mata..ni akk dah 12 hari..masyaAllah..

    ReplyDelete
  3. get well soon Lya, rehat eh...jangan ikutkan sangat kerja yg ada tu...ambik masa..slow2 buat

    ReplyDelete
  4. Aktif Imtiyaz,
    Yours is added.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh..kdg2 doc nih main taram je ckp pdhal xde kne mgena

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.