Marah Bukan Kebencian Tapi Tanda Sayang

Marah Bukan Kebencian TAPI Tanda Sayang | Dalam hidup kita seharian,kita pasti ada rasa marah,rasa nak marah,rasa hampir hampir nak marah dan jugak betul betul nak marah.Sifat marah adalah satu sifat yang ada dalam diri seseorang tapi hendaklah kena pada tempatnya,bukan sekadar mengikut perasaan dan juga hawa nafsu.Marah marah sayang dah la tak perlu nak marah marah sangattttt okey..

Marah Bukan Kebencian Tapi Tanda Sayang , Sifat Marah , Marah Bukan Benci , Tips Kawal Sifat Marah , Doa Lembut Hati , Cara Hilangkan Sifat Marah Pada Seseorang , Cara Mengawal Nafsu Marah , Tips Agar Tidak Mudah Marah Pada Anak ,


Sifat marah ni hadir saat kita tak puas hati akan sesuatu..Masa tu kita rasa nak marah,kita rasa nak benci,kita rasa sakit hati,rasa tak puas hati,rasa macam macam sebab kita tengah marah..Semua benda  yang kita nampak jika ada kena mengena dengan orang yang buat kita rasa marah,kita nampak rasa geram jer kan..Sebab apa tau sebab masa tu kita tengah marah kita rasa tak puas hati kat seseorang..Ya la kan tengah marah,mana ingat dah yang baik baik yang baik baik dah tolak tepi tinggal yang buruk buruk jer kita nampak.

Mungkin kita rasa marah pada  diri kita sendiri, tapi dalam masa yang sama kita tak boleh benci diri kita.Mungkin juga kita ada terasa hati rasa marah dengan salah seorang ahli keluarga kita,tapi kita tetap tak boleh benci mereka..sebab apa ? Sebab keluarga kita nyawa kita..Tanpa keluarga siapalah kita.Keluarga tunggak dan tulang belakang kita.Tempat kita mengadu saat senang dan juga susah.

Mungkin kita ada perasaan tak puas hati dengan kawan-kawan atau sahabat kita,tapi kita tak akan boleh benci sangat sangat pada sahabat kita sebab ada antara sahabat yang sentiasa di sisi kita saat kita berjauhan dari keluarga..Yang sentiasa support kita saat suka dan duka.

Nak marah pada mereka sikit sikit boleh la marah TAPI kalau nak benci mana mungkin..Hati kita pasti mengatakan JANGAN ADA BENCI kerana mereka sahabat kita..kawan kita..peneman kita.Begitu juga dengan keluarga kita..Tak perlu ada perasaan benci..Marah itu perkara biasa tapi jangan sampai ada benci.

Terdetik di hati perasaan marah pada anak anak..Ya la kan kekadang terbit rasa nak marah pada anak anak bila mereka melakukan kesilapan..Tapi kita sentiasa ingatkan diri kita,kita marah bukan sebab kita benci tapi kita sayang mereka..Sebab tu kita marah kalau kalau mereka ada buat salah.Tegur anak anak dengan berhemah,insyaallah mereka faham...

Sebagai insan di muka bumi Allah SWT ini,kita sangat banyak kekurangan begitu juga keluarga dan sahabat kita.Setiap dari kita pastinya ada kekurangan..Tapi dari kekurangan itu kita cuba dan terus cuba berusaha untuk membuang sedikit demi sedikit kekurangan dalam diri.Sama sama mencuba bagi mengatasi kelemahan diri dan cuba untuk mengatasinya...

Sememangnya hidup ini penuh dengan cabaran,dugaaan dan liku liku ranjau berduri yang harus kita lalui dengan sabar dan tenang.Sebagai orang islam yang beriman sama sama kita buang sifat marah dan tanamkan sifat sabar yang tinggi dalam diri agar kita dapat mencipta kebahagiaan dan ketenangan di sekeliling kita.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. teringat lagu Jasa Bonda

    Leterannya dari rasa luhur
    Menegur sebelum terlanjur
    Itulah yang diwarisi
    Pesan ibu terpahat di hati
    Beringat-ingatlah berpesan pesan
    Untuk kebaikan
    Marah bukan kebencian
    Tapi tanda sayang

    Tersentuh hati kalau dengar lagu ni..

    Kertas Sejarah SPM 2016 Bocor?

    BalasPadam
  2. nanti saya baca.

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.