Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk

November 05, 2016

Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk | Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. 

Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk , Review Nivea Skin Delight , Nivea Skin Delight Glowing Rose  , Nivea Skin Delight Relaxing Lavender , Nive Malaysia , Produk Nivea ,Nivea , Facebook Nivea , Laman Web Nivea , Harga Nivea Skin Delight Body Milk



NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberikan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.


Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk , Review Nivea Skin Delight , Nivea Skin Delight Glowing Rose  , Nivea Skin Delight Relaxing Lavender , Nive Malaysia , Produk Nivea ,Nivea , Facebook Nivea , Laman Web Nivea , Harga Nivea Skin Delight Body Milk


Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering,minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.


Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk , Review Nivea Skin Delight , Nivea Skin Delight Glowing Rose  , Nivea Skin Delight Relaxing Lavender , Nive Malaysia , Produk Nivea ,Nivea , Facebook Nivea , Laman Web Nivea , Harga Nivea Skin Delight Body Milk


Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender. 

Kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan.

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samaada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.


Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk , Review Nivea Skin Delight , Nivea Skin Delight Glowing Rose  , Nivea Skin Delight Relaxing Lavender , Nive Malaysia , Produk Nivea ,Nivea , Facebook Nivea , Laman Web Nivea , Harga Nivea Skin Delight Body Milk

Lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. 

Manjakan Kulit Dengan Nivea Skin Delight Body Milk , Review Nivea Skin Delight , Nivea Skin Delight Glowing Rose  , Nivea Skin Delight Relaxing Lavender , Nive Malaysia , Produk Nivea ,Nivea , Facebook Nivea , Laman Web Nivea , Harga Nivea Skin Delight Body Milk

Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang anda idamkan.Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.

Mula manjakan diri dengan NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda. 

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.   

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nivea.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Nivea Malaysia di www.facebook.com/mynivea .


Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. suka glowing rose.. wangi betul..

    ReplyDelete
  2. nivea memang salah satu jenama unggul dalam menjaga kelembapan kulit wanita lya kan :)

    ReplyDelete
  3. Nanti saya baca.
    Saya Nak keluar dulu.

    ReplyDelete
  4. nivea,mmg bau bestkan.. wahh syiok

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.