Insyirah Dapat 2A 4B UPSR 2016

November 20, 2016

Alhamdulillah keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR telah selamat di terima pada 17 November 2016.Pengumuman telah di buat di sekolah masing masing pada 17 November 2016.Saat debaran masih terasa,Lya terima keputusan dari guru kelas Insyirah,"Nur Aina Insyirah Suhaimi dapat 2A 4B".Tahniah keputusan yang baik takde C dan takde D apalagi E.Alhamdulillah syukur pada Allah sebab keputusan kakak kira OK la walaupon tersasar dari TARGET.



Tapi takpe janji kakak dah buat yang terbaik dalam UPSR 2016.A bukan ukuran,apa yang penting usaha dan penat lelah kakak selama ini untuk capai yang TERBAIK.Kalau ikutkan,masa percubaan kakak dapat 4A 1B dan 1D..jadi kakak sedikit terkilan bila UPSR sebenar hanya dapat 2A 4B..Tapi lepas tengok keputusan kawan kawan ramai yang tersasar dari target,kakak cakap redha jer laa dengan keputusan.Alhamdulillah kakak dapat terima seadanya.Apapon Umi dan abah bangga dengan kakak sebab kakak dah buktikan pada Umi dan abah kakak boleh ubah keputusan Matematik kakak dari D ke B..TAHNIAH KAKAK !!! ..Syukur alhamdulillah dapat B dalam Matematik.Satu kejayaan untuk kakak...

Dah dapat keputusan UPSR makanya sekarang ni kakak dengan Umi busy sikit isi borang online dan juga mark tarikh tarikh penting untuk panggilan temuduga dan juga ujian bertulis untuk sekolah sekolah pilihan.Setakat ni Lya isi semua borang online..Isi dulu mana yang rasa Ok.Dapat ke tak dapat ke apa yang penting isi dulu.Ada rezeki insyaallah dapat ke sekolah pilihan..Umi dan abah doakan yang terbaik untuk kakak..Semoga kakak akan terus maju dan berjaya di sekolah menengah 2017.Tahniah lagi sekali sayang...



Artikel Menarik yang Lain

9 sang pencerita

  1. apapun tahniah Insyirah! yang penting jangan give up okay, chaiyook! for sure kak Lya sekeluarga sentiasa support Insyirah. anyway tahniah untuk kak Lya juga sempena kejayaan Insyirah.

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. tahniah insyirah. tak apa. jauh lagi perjalanan. tak semesti kena cemerlang upsr. bnyk lagi ujian lain yg boleh cuba. teruskan usaha ya dik. *pesan untuk insyirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq leyla..ok nnt kak lya bagi pesanan leyla kat insyirah..tq tq tq

      Delete
  3. Tahniah kerana mendapat keputusan yang agak baik.. Semoga terus berjaya lagi dalam masa yang akan datang

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. jumlah kelompok 3A & 3B, 4A & 2B, 5A & 1B UPSR 2016, berada didalam jumlah 10 % kebiasaan yg memperolehi semua A dalam UPSR tahun-tahun sebelumnya. keputusan yang cemerlang sebenarnya. tahniah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..