Ingat Lagi Tak Lagu TIARA Nyanyian Kumpulan Kris

November 10, 2016

Ingat Lagi Tak Lagu TIARA Nyanyian Kumpulan Kris | Bila berbicara mengenai lagu lagu zaman 90an..Mesti terselit jugak lagu TIARA nyanyian kumpulan KRIS...Korang ingat lagi tak lagu ni,ala lagu best nyanyian kumpulan Kris yang popular awal 90an dulu tu..Ingat tak ingat tak..Kalau korang minat lagu TIARA,kita gang..Seppp sikit hehehehe..Kumpulan Kris adalah satu kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal 90 an.Dulu aku memang suka giler ngan lagu TIARA ni..Siap hafal lirikdia mak kau..Suka sangat sangat..Bukan suka ngan lagu jer,suka jugak ngan penyanyi kumpulan Kris Si Alim tu hehehe...Masa tu gang rambut panjang mencecah bahu..Ntah kenapa boleh jadi suka aku pon tatau..Mungkin sebab dah suka kat lagu TIARA kot sebab tu jugak la terjatuh suka dengan penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut...


Kumpulan Kris , Ingat Lagi Tak Lagu TIARA Nyanyian Kumpulan Kris , Alim Kris , Lirik Lagu Tiara , Kris Tiara Lirik , Nama Penyanyi Kumpulan Kris , Abdul halim bin Bukhari Penyanyi Vokalis Kris , Alim Kris Sekarang , ke Mana Menghilang Kumpualn Kris ,

Kumpulan Kris , Ingat Lagi Tak Lagu TIARA Nyanyian Kumpulan Kris , Alim Kris , Lirik Lagu Tiara , Kris Tiara Lirik , Nama Penyanyi Kumpulan Kris , Abdul halim bin Bukhari Penyanyi Vokalis Kris , Alim Kris Sekarang , ke Mana Menghilang Kumpualn Kris ,


Lirik lagu TIARA - Kumpulan Kris

Tiara, Menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara, Ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa ku sentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan kata azimat di telinga

Kita, Terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita, Dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna tapi aku hanya tunduk ke bumi hidup tertekan

Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum hanya bertemankan sepi
Bisakah kau menghargai cintaku yang suci ini
Oh Tiara, pedihnya dapatkah kau merasakan

Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum hanya bertemankan sepi
Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya…
Tiara…



Meh sini kita selusuri sejarah Kumpulan Kris..Aku jumpa kat wikipedia jer ni..Tempek sini sebab nak buat entri..

Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal M. Nasir. Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOW, Blackrose, Damasutra dan Laksamana. Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Kumpulan Kris terdiri dari :
Abdul Halim bin Bukhari (Halim, Alim) - vokal
Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - gitar
Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - bass (bekas pemain bass Kumpulan Mega)
Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram (bekas pemain dram Kumpulan Mega)
Kumpulan Kris berasal dari negeri Johor. Namun begitu hanya vokalisnya, Alim berasal dari negeri Perak.

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Kejayaan tertinggi Kris ialah di Juara Lagu 1991 di mana lagu Tiara telah membolot tiga hadiah iaitu Lirik Terbaik, tempat ketiga Persembahan Terbaik dan tempat ketiga Juara Lagu. Lagu ini masih kekal diminati sehingga sekarang.

Sumber : Wikipedia

Penangan daripada lagu TIARA ni jugak la muncul satu lagu berjudul ILMU ASAS KEJAYAAN.Seingat ingat aku lagu ILMU ASAS KEJAYAAN ni memang femes kat sekolah aku dulu bilamana sorang Cikgu perkenalkan lagu ni untuk dinyanyikan bagi semangat kat anak anak murid.Sebab lagu ni di minati Cikgu tersebut menggunakan minus one lagu TIARA untuk menyanyikan lagu ni..Anak anak murid apalagi suka sakan laaa..Ada yang tak nyanyi pon lagu ni masa Cikgu suruh tapi duk nyanyi lagu TIARA...Kuat gak laa kiranya pengaruh lagu TIARA ni zaman zaman aku dulu..Ok aku kongsi jugak la lirik lagu ILMU ASAS KEJAYAAN kat sini..Teringat pulak kat Cikgu Muhammad bila tengok lirik lagu Ilmu Asas Kejayaan ni..


ILMU ASAS KEJAYAAN 

Ilmu asas untuk kita mencapai kejayaan,
Ilmu pentingnya bagai senjata di medan perang,
Untuk menempuh cabaran di masa hadapan,
Yang menjanjikan hidup bahagia pada kita semua,

Ibu akan ku bawa bingkisan kejayaan untukmu,
Ayah akan ku balas jasa-jasa mu itu,
Pasti akan ku temu jua kejayaan itu,
Walau terpaksa merantau jauh dari ibubapa,
Walau sukar ku tempuh jua 

Pepatah melayu pernah berkata,
Tidak kenal mata ke jalan cinta,
Oleh itu cintailah ilmu…
Berusaha bersungguh-sungguh,
Marilah teruskan usaha untuk kejayaan bersama,
Oh ilmu pastinya untuk kita Berjaya,

Pepatah melayu pernah berkata,
Tidak kenal ke jalan cinta,
Oleh itu cintailah ilmu,
Berusaha bersungguh-sungguh,
Semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan,

Oh tuhan hanyalah pada mu kami berserah
Oh tuhan hanyalah pada mu kami berserah….


Ok la macam sesi mengulit kenangan pulak daaa..Tapi tu la sedikit sebanyak mengenai lagu TIARA dan kumpulan KRIS yang aku tau..Sekarang ni aku pon tatau dah ke mana menghilangnya anggota anggota kumpulan Kris..Senyap lama dah diaorang ni takde khabar berita..Yang aku tau paling last dengar citer vokalis utama Kris tahun 2006,masa tu dia ada buat album ( PENANGAN ROCK ) bersama ngan Nizam (Laksamana), Bagio (Damasutra) dan juga Nai (Dinamik) .Lepas pada album Penangan Rock tiada lagi khabar berita yang aku dengar mengenai Alim...

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 sang pencerita

  1. harus ler ingat sis... salah satu lagu fav juga ni, masa sekolah rendah dolu2.... hehe

    ReplyDelete
  2. Sila like Facebook fanepage Kris band
    Untuk perkembangan terbaru kumpulan kris

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!