Fenomena Supermoon Terbesar 14 November 2016

November 14, 2016

Fenomena Supermoon Terbesar 14 November 2016 | 'SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948
AKAN BERLAKU PADA 14 NOVEMBER 2016'

Fenomena Supermoon Terbesar 14 November 2016 , Fenomena Supermoon , Tarikh Fenomena Supermoon , Apakah Dia Fenomena Supermoon , Angkasa , Agensi Angkasa Negara , Nightsky , Observation , Mosti , Malaysia , Imej Perigee Bulan Purnama , Facebook ANGKASA , Bulan Penuh Perigee, Kedudukan Bulan Plaing Hampir Dengan Bumi , 14 November 2016 , Masa Berlaku Supermoon , Bila Berlaku Supermoon

KUALA LUMPUR – Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Perigee Bulan Purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) 
www.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000 Fax: 03-2273 5488 / 03-3181 1304

#phenomenon #supermoon #november #nightsky #observation #stem #angkasa #mosti #malaysia #pleasesharethis #mohonkongsi #mediarelease

SUMBER : FACEBOOK PAGE AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.