Aid For Syria Aman Palestin Berhad

November 10, 2016

Aid For Syria Aman Palestin Berhad | Aman Palestin Berhad telah melancarkan kempen "Aid For Syria" bermula September 2016 sehingga April 2017.Kempen ini bertujuan untuk memohon bantuan dan sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan beban dan kesusahan yang akan dihadapi oleh rakyat Syria semasa musim sejuk hujung tahun ini. Misi untuk menghantarkan bantuan akan bertolak pada bulan November ini.

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu Kemanusiaan,Persaudaraan dan Kesucian Baitul Maqdis.Aman Palestin memberi bantuan kecemasan,kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai.


Aid For Syria , Aman Palestin , Selamatkan Palestin ,Aid For Freedom , Tabung Aman Palestin , Derma Untuk Palestin , AkifImtiyazDotCom , Aman Palestin Berhad , Misi Kemanusiaan Palestin ,Aman Palestin 2016 ,


Justeru,dengan rasa rendah hati pihak Aman Palestin ingin memohon penyertaan Tuan/Puan dalam kempen ini melalui pakej berikut:

Bantuan Musim Sejuk | RM150
Ten4Syria | RM10

Akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Hubungi:
03-89267019 -Office
018-2903013-Nisa

Semoga sumbangan Tuan/Puan akan mampu mengubati dan meringankan bebanan mereka yang tidak tertanggung.

Terima kasih kerana sentiasa mempercayai Aman Palestin Berhad sebagai saluran utama untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan Syria.

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Aman Palestin Berhad sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban.Demi Secebis Harapan !!

#AidForSyria
#AidForFreedom
#BMS
#Ten4Syria
#AmanPalestin
#AkifImtiyazDotCom
#Kbba9 
#KelabBloggerBenAshaari 


Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.