Pertama Kali Berkhemah Di Kawasan Pantai

Alhamdulillah semalam kami satu family dapat melakukan aktiviti yang jarang kami buat..Kalau buat pon kat kampung jer laa tu pon kat depan rumah tok wan jer tak jauh..Semalam Lya satu family...kakak ipar satu family dan jugak sepupu satu family,join camping kat Pantai Chendor..Seronok jangan cakap laa sebab dapat kumpul ramai ramai..Paling seronok anak anak dan juga anak buah..Ibu ibu bapak bapak pon seronok jugak..

Ok dek kerana sebelum ni tak pernah lagi g berkhemah..makanya kami pilih tempat yang dekat dekat jer dulu..Ya laa kan mula mula g dekat dekat dulu nanti dah pandai bab bab camping kita terjah jejauh pulak..Lagipon kelengkapan tak cukup sepenuhnya..Masih banyak nak kena carik..

Pagi semalam dah sibuk duk siapkan semua barang untuk camping..Masa duk susun atur semua barang,baru aku perasan...banyak betul nak barang..nak perfi semalamam jer ni..tapi barang cam nak g seminggu dah ni..




Nah barang yang aku siapkan untuk camping semalaman..Ni sebahagian jer sebenarnya,ada lagi tapi dek kerana terkejar kejar nak siapkan bahan aku lupa dah nak snap gambar...

Kami turun lepas solat Jumaat..sebab masing masing dah janji nak lunch ramai ramai kat pantai..Makanan masing masing siapkan kat rumah sendiri,bawak jer nanti..Aku masak sayur sawi ikan masin,ayam masak merah dan jugak ikan panggang jer..Cukupla untuk makan tengahari kami nanti..

Oleh kerana Pantai Chendor Cherating dekat jer ngan rumah aku..makanya aku la yang sampai dulu sebelum kakak ipar dan jugak sepupu..Sementara tunggu diaorang tiba..kami anak beranak test pasang khemah dulu..Mencabar jugak proses naknmemasang sebab angin kuat dari pantai..Baru je nak ok angin datang lagi lagi dan lagi..Tapi akhirnya siap jugak pasang..


Tu dia gang gang tengah siap siap nak pasang khemah..Semangat benorr sorang sorang tu duk kaji mana satu nak letak dulu mana satu nak letak kemudian..Kaji jangan tak kaji..silap pasang terbalik khemah tu nak oi..


Ni dah dekat dekat nak siap dah khemah..Abang Iman ngan kakak insyirah masih seria duk pasang..Dak kecik Akif dah ilang naik buai dah..Kejap jer dia tolong pastu dia hal dia la pulak..


Ok siap jugak pasang khemah..ni pandangan belah siai..


Ni pandangan kut pintu depan khemah..Pandai pon anak anak Umi pasang dengan pertolongan En Hubby...Alhamdulillah siap jugak sebijik khemah..Khemah ni besar tau..boleh muat kami satu family dan barang barang jugak..Memang luas dan besar...Baru best ....

Dah siap pasang khemah..perut pon dah lapar..tunggu kakak ipar lum jugak sampai..Anak anak layan main kat tepi pantai dulu..Bila sepupu sepupu diaorang datang..Aktiviti main main bermula..Masing masing tak reti duk diam dah..Lupa dah perut belum diisi lagi..Tapi dek kerana seronok sangat layan jer laa..Nanti kita makan nasi..




Apa dioarang buat tengah tengah panas..Ermm duk kejar ketam kat pantai..Bila dah dapat masukkan kat dalam periuk..Hahaha periuk mak sedara diaorang jadi mangsa..Makanya syok laa duk layan dua ekor ketam kat dalam periuk tu..Kalau ikutkan  diaorang ni nak main jer..Tapi mana boleh perut dah lapar kena makan dulu...Lepas makan makan sambung main balik..Gambar makan makan pon takdan nak ambik sebab lapar dah..Ya laa dah jam 3 petang baru makan tengahari tambah tambah pagi tapi tak makan apa apa lagi..Perut lapar sesangat laaa..Layan makan..

Siap makan makan .. Jam 4 petang dah masa tu...Anak anak apa lagi turun ke pantai main air..Kutip ketam,kutip siput,mandi dan jugak main pasir..


Nah buat istana pasir dulu..Aktiviti wajib kalau kat pantai tak sah laa kalau tak main pasir..Main main jangan tak main..


Tu duk buat apa pulak tu..Bulat bulat gitu ..Ni macam bom tangan jer ni..Nak main baling baling dalam air laa tuu..Jangan baling kat irang sudah..


Ntah apa la yang dioarang buat..tak siap siap lagi .. Periuk pon boleh..


Dah dekat jam 5 petang kiranya lepas asar dah ada ramai orang kat Pantai Chendor..Al maklumla hari cuti belah belah Kemamam jadi ramai ler pengunjung kat sini...Banyak aktiviti kat sini kalau hari cuti..Antara yang menarik minata orang ramai..Berkayak,naik banana boat,naik kuda dan macam macam aktiviti lagi..


Tu dia..nampak tak nampak tak ..kuda pon masuk dalam air sekali..Kuda pon nak berenang jugak..layannn..


Ni dia banana boat..Naik jangan tak naik..


Ni saja saja ambik gambar bot bot nelayan yang ada kat sekitar kawasan pantai...Cantik jer nampak pemandangan bot kata laut..

Fuhh penat dah duk menulis..Jari jari ni penat lagi sebenarnya tapi nak jugak buat satu entri arini..jadi kita usaha jugak la duk taip sampai siap..Entri spontan sepanjang aktiviti semalam..Entri ni ada sambungan sebenarnya,sebab tak sempat nak menaip lagi..Nipon dah panjang berjela jela..nanti lagi panjang kalau aku duk taip tak sudah sudah..Kiranya tunggu sambungan jer laa senang citer..Ok bye jumpa lagi..Penat nyer arini..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Cerianya ...hebat kelihatan pantai..

    BalasPadam
  2. ya allah bestnya..sebelah pantai lagi..syok gilerr

    BalasPadam
  3. lamanyaaaa tak pi camping family2,dulu2 balik kelate selalu la camping tepi pantai ngan sepupu2 zaman bujang,sementara ayah2 menjala ikan heheheh

    BalasPadam
  4. Anak2 kak.. Memang suke bermain. Lagi2 jarang pergi mandi pandai.. Bile dpt, leka. Hihi teringat zaman reen mase kecik2 pun gitu jgk. ;p

    BalasPadam
  5. situ memang kawasan camping ke? bestnyaa ,.tapi leceh pulak kalau bawak anak kecik . i mean yang still baby ler.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.