Jatuh Basikal Paling Teruk Dalam Sejarah Akif Imtiyaz

October 11, 2016

Assalamualaikum..hai korang semua..apa khabar..moga moga korang sihat walafiat hendakNya..Nak citer sikit kisah petang tadi.Kisah Akif Imtiyaz jatuh basikal..Mau tak citer kat blog,kena citer laa nanti bila dia dah besar boleh la dia baca..Kisah jatuh basikal paling teruk dalam sejarah hidup Akif Imtiyaz...

Petang tadi Akif keluar rumah main main ngan kawan sambil bawak basikal..Kat depan rumah je duk pusing pusing pastu kat rumah kawan hujung jalan..Nak jadi cerita masa kat depan rumah kawan dia,masa nak korner kan..basikal tetiba terpusing tahap takle nak kawal..Jadi Akif jatuh..Ni citer Akif masa balik rumah.Aku takde kat situ jadik aku tatau apa citer.. "Umi,akif jatuh masa nak korner basikal kat umah amir..masa jatuh dada terhentak kat basikal..akif takle nak nafas laa Umi...rasa sakit dada..tapi akif terus bangun dan bawak balik basikal..ni rasa sakit sikit jer..nafas dah boleh dah..siku akif luka Umi..sakit sangat beedarah Umi"...Allahuakbar mahu tak berdebor debor jantung aku bila dengar dia cakap gitu..En Hubby cakap ingatkan macam biasa jer tapi masa balik rumah petang tadi..bila tengok Akif pegang dada En Hubby terus bawak Akif masuk dalam rumah..Nasibla takde apa apa tadi..Syukur sangat sangat...



Lepas mandikan dia dan cuci luka aku sapu ubat luka warna merah dan jugak sapu Minyak Asma Herba Mujarab kat dada dia..Alhamdulillah takde rasa sakit dah tadi..Sekarang nipon dia lena jer tidur..Cuma luka kat siku tu nampak dalam sikit laaa..Dia jadi tak selesa sebab pedih..Harap harap esok ok laaa..



Sedih rasa..sayu jer hati aku bila tengok dia tidur...Kejadian jatuh basikal paling teruk dalam sejarah hidup Akif..Tadi masa mandikan dia masa dia duk nangis nangis ngadu kat aku sakit sakit dengan aku sekali nak nangis..sedih sungguh tengok dia nangis camtu..Bukan nangis dah dia meraung peluk aku cakap pedih sangattt ..pedih sangat ni Umi..Akif sakit sangat ni..Mau ngan aku aku sekali meraung lau lama lama kat bilik air tadi..Tapi apapon aku bersyukur dia dah tak sakit kat dada..Kalau luka tu aku boleh nampak..yang dada ni takle nak nampak camne..Agak agak kalau esok dia ngadu sakit akunkena bawak dia jumpa Dr laa..Moga moga Akif ok..Doa doakan ya sahabat..Terima kasih..


Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.