Char Kuey Teow Paling Sedap Di Bandar Chukai Kemaman

Ok nak citer pasal makan makan..Ni bukan food review ok..saja suka suka nak citer untuk tatapan korang yang bernama sahabat..Char Kuey Teow Paling Sedap Di Bandar Chukai Kemaman..Kat mana tu cer citer sikit..Ha meh sini nak citer...Cakap bab Char Kuey Teow Paling Sedap...Restoran Char Kuew Teow Nonmiz Mak Chili, Kemaman laa tempat paling sedap Char Kuey Teow dia dan memang memenuhi citarasa perut aku,en hubby dan jugak anak anak..Kiranya restoran ni memang menyajikan THE BEST CHAR KUEY TEOW in Kemaman laaaa..Sedap lazat dan memang terbaik...

Lupa nak ambik gambar kedai masa aku pegi semalam..Aku google jer jumpa gambar ni..Aku bagi kredit kat Mr Google jer laa sebab kat gambar takde plak watermark hak sapa sapa..


Intro jap..selingan lagu sekali okey..Lagu apa apa pon boley...Semalam rasa lapar tapi...mood nak masak dah terjun kelaut china selatan dah perginya.Tak de rasa nak masak.Makanya En Hubby tanya anak anak nak makan apa dan nak makan kat mana..Bila tanya dua putera dan satu puteri kat rumah ni...memang jawapan yang dapat berbeza beza laaa jawapnya sebab ikut selera masing masing..Tapi dek kerana rasa nak makan nasi tu takde makanya pilihan kami semalam KITA MAKAN CHAR KUEY TEOW jer laaaa..Makanya start kereta bertolak g makan Char Kuey Teow yang kami selalu pergi kat Bandar Chukai Kemaman..Atau lebih tepay lagi lokasinya  dekat simpang nak masuk Mak Chili dan sederet dengan Seven Eleven..Orang Kemaman mesti tau..Lau orang luar tak tau boleh guna waze boleh guna google maps okey..Atau boleh tanya aku nanti aku bagi peta topografi lokasi...hehehe..

Char Kuey Teow kat sini memang sedap giler..Sedap giler hokey..Bukan orang giler..makanan tu sedap giler..Kalau aku yang bagi sedap giler tu tanda memang sedap dan siyessss aku tak tipu..Takde maknanya aku nak tipu sebab memang sedap angat angat laa Char Kuey Teow dia..Pergghhhhh sedap hingga menjilat pinggan..Boleh buat ayat gitu..ke over sangat...Takpe laa over pon over laa dah memang sedap..tapi aku tak jilat pinggan laa aku jilat sudu..kan kalau aku jilat pinggan apa plak orang sekeliling duk kata..


Char Kuey Teow Kemaman , Char Kuey Teow Special , Char Kuey Teow Paling Sedap , Char Kuey Teow Best , Char Kuew Teow



Nah ni dia rupabentuk Char Kuey Teow Special yang aku satu family makan semalam..Sorang satu..Makanya kami order 5 pinggan..Korang tengok gambar jer mesti tahu sedap ke tak sedap kan kan kan..Aku yang mula mula tengok pon dah berkeroncong dan berrock kapak dah perut aku ni..Bila aku tengok jer Char Kuey Teow ni kan kan kan memang aku puji laa restoran ni sebab tak kedekut nak letak bahan kat dalam masakan diaorang ni..Udang fresh,kerang pon besar besar.Terasa laaa bila makan..Lagi terasa kalau korang makan ngan lada jeruk....perghhh sedap oiii tak terkata sedapnya..Lada jeruk dia sedap sangat sampaikan aku rasa nak mintak beli jer singgit dua inggit hahahahaa..sampai gtu sekali aku rasa..


Char Kuey Teow Kemaman , Char Kuey Teow Special , Char Kuey Teow Paling Sedap , Char Kuey Teow Best , Char Kuew Teow


Dahla sedap tak terkata..Aku makan tak pandang kiri kanan dah..Lepas sudah makan baru aku sedar..yang makan kat belakang aku satu family semalam tuu..Cikgu sekolah anak anak aku..hehehee beesungguh bebenooo aku layan Char Kuey Teow sampai tak sempat nak jeling orang sebelah apalagi nak pandang belakang..Hahaha nampak tak nampak tak...

Sebelum aku lupa..aku nak bagitahu harga Char Kuey Teow Special cam aku order ni yang sedap tahap gaban zek potong nam ni..harga dia RM6 sahaja..Semalam aku makan sekeluarga 5 pinggan Char Kuey Teow Special dengan air dan jugak keropok sekali..harga yang aku bayar RM41 sahaja.Sebenarnya rege dia aku kira RM41.30 tapi owner dia potong dah 30 sen tu..Alhamdulillah murah rezeki owner restoran ni..Terima kasih..Alhamdulillah nanti kami akan datang lagi..Kekalkan rasa dan kesedapan Char Kuey Teow anda....Satu lagi nak bagitahu kat sini hanya ada Char Kuey Teow sahaja..makanan lain takde okey..Eh eh eh lupa plak semalam ada nampak sate kat luar reatoran ni..Maknanya sate pon ada laa kalau korang nak order..

Korang mesti tertanya tanya takkan la aku ambik dua keping jer gambar..Ya aku ambik dua keping jer gambar sebab aku lupa nak ambik gambar lain bila nampak Char Kuey Teow sedap ni duk depan mata..Jadi aku terus jer makan dan makan sambil menikmati kesedapan Char Kuey Teow ni...Macam aku gtau awal awal kat atas sana..Ni bukan Food Review jadi takpe la takde gambar banyak pon..hehehe..Ni aku suka suka nak gtau korang jer..Yehaaa kenyang betul perut aku....Perut en hubby dan anak anak jugak..Alhamdulillah syukur...

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kenapa la pi tengok time2 ni...kan dah berbunyi perut..sabar jer la...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.