Buat Kad Pengenalan Insyirah

Tengahari tadi lepas balik sekolah..siap siap makan nasi dan solat,Lya En Hubby dan juga Insyirah ke Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Kemaman..Ok tujuannya tak lain dan tak bukan nak buat kad pemgenalan Insyirah..Dah sebulan tertangguh sebenarnya,hari ni baru sempat buat kad pengenalan untuk kakak.Kiranya lewat sebulan 3 hari dari tarikh hari lahir dia 20.9.2016 ... Kakak excited sangat masa cakap nak pegi buat kad pengenalan..Ya la kan akhirnya dapat kad pengenalan sendiri..Biasa guna sijil kelahiran atau mykid jer kan..Kali ni boleh la guna kad pengenalan sendiri..


Seperti selalu la kan..kalau pergi mana mana mesti nak bergambar..Bukan apa sebab nanti Umi kan nak buat story mory kat blog..Opkoss laa kena tangkap gambar nak bagi best sikit entri..Oo makanya tangkap gambar dulu kat pintu masuk Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kemaman...Orang tak ramai boleh laa nak posing posing kejap..Kalau orang ramai pon Umi memang suruh posing jugak tapi sepintas lalu jer laa..Tapi sebab orang tak ramai maka posing laaa biar puas ati..



Mula mula masuk kena isi borang permohonan mykad 12 tahun kat kaunter dulu.Dah siap isi borang ambik nombor giliran..Tak terkejar kejar sangat sebab orang tak ramai...Berapa kerat jer yang ada kat situ..Ramai pegawai bertugas daripada orang awam..Kiranya memang tak sibuk la waktu Lya pergi tengahari tadi..



Baru jer tekan nombor..Nak posing posing kejap.Tup tup dah di panggil dah.Cepat bebenor,nasib ler dah isi borang..1074 kaunter 4...Jom kita ke kaunter 4 anakku..Masa ni laju jer kakak jalan..al maklum laa dah tak sabar nak buat kad pengenalan..



Masa ni  pegawai bertugas duk siapkan segala data kat dalam borang masuk ke komputer..Tapi sebelum tu pegawai bertugas bagitahu DENDA RM10 sebab lewat..Huhuhu kena denda laa kan sebab salah kita lewat datang buat kad pengenalan..Takpe laa denda pon denda laa nak buat camne..Pastu pegawai bertugas cakap lagi tiga minggu boleh datang ambik kad pengenalan..Mak aii lamanya tempoh menunggu nak siapkan kad pengenalan..Macam dulu dulu jugak ni..Ingatkan boleh siap serta merta atau sehari dua jer..Rupanya tiga minggu tempoh diberi aduhai..Lama gak tu kan kan kan..Takpo laa janji datang lagi tiga minggu..



Entah apa yang dibincang sambil senyum senyum gitu..Umi pon tatau..Tersengeh sengeh cam kerang dah hahahahaha...Segala urusan Kakak settle ngan en hubby sebab maklumat kat borang isi nama en hubby..Jadi Umi tukang tangkap gambar dan tangkap gambar dan tangkap gambar jer laaaa...



Siap segala data masuk kat dalam komputer duduk kejap pastu nama di panggil untuk tangkap gambar..Macam seyesss jer muka..Harap harap cantik laa gambar kad dalam kad pengenalan nanti..Tak sampai dua minit siap dah tangkap gambar..Senyum senyum senyum tak abih abih..



Oo dah siap buat kad pengenalan...Moh ler kita wefie sekeping dua kat dalam Jabatan Pendaftaran Kemaman ni...Bukan selalu boleh datang sini..Takde kijer kita tak datang sini tau..Dah siap wefie senyum sengeh senyum sengeh jom ler kita balik....



Nak balik sempat lagi nak tangkap gambar bila nampak beberapa sudut menarik..Apalagi layankan jer laaa..Dah macam cikgu cikgi dah anak Lya ni ....hehehe dah besar dah dia 12 tahun dah..



Nampak pulak pasu bunga..Posing jap kat sini..Posing jer laa bukan ada orang lalu lalang pon..Buat cam rumah sendiri nak oiii..posing posing hehehe..


Last sebelum keluar dari kawasan pejabat pendaftaran..Sempat lagi tuu..Kita kat mana kita kat mana kita kat mana..Ha aa kita kat Jabatan Pendaftaran Negara..



Sebelum balik nampak pulak landskap cantik kat belakang..kita tangkap gambar kat sini dulu laa..Hahaha landskap pon tak nampak bila masuk gambar berdua..Takpo laa janji ada kami..Landskap tak penting daaaa bye bye..



Ok ni dia gambar last sebelum balik..Alhamdulillah selesai urusan buat kad pengenalan untuk Insyirah..3 minggu lagi boleh datang collect kad pengenalan..Kakak dah tak sabar nak ada kad pengenalan sendiri..Ingatkan boleh laa siap serta merta..Tak siap selalu rupanya...Kita tunggu jer laaa nanti bila dah siap..


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Wahh tahniah... sama usia anak saya yg ke3 tu. Hari tu buat ic juga tp saya tak sempat pergi sbb ada kerja. Mak dia yg temankan hehee.. tak lama lagi siaplah ic tu... :) :)

    BalasPadam
  2. lambat jugak ek dekat sana, kalau tak salah dekat kl boleh dapat on the spot. maybe pemprosesan kad kena buat di kl agaknya, itu yang ambik masa

    BalasPadam
  3. besar dah anak dara Lya, semoga Insyirah sentiasa menjadi puteri solehah buat ayah bonda nya, aamiin.

    BalasPadam
  4. tak kena denda kan kalau terlewat dari tarik lahir masa buat kad pengenalan kali pertama? atau ada had masa kelewatan.. saja tanya Lya kalau tak pasti takpe ..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.