Adam Iman Juara 70 Meter Tahun 3 Lelaki Sukan Tahunan SKSG

October 18, 2016

29 September 2016 bertempat di padang SKSG,telah berlangsung Hari Sukan Tahunan Sekolah.Dalam temasya sukan tersebut anak kedua Lya,Iman telah berjaya menjadi johan untuk acara larian 70 meter dan juga 4 x 100 meter lelaki Tahun 3.Alhamdulillah tak sia sia anak Umi duk berlatih kat sekolah sebelum temasya..Akhirnya dapat jadi JUARA..Tahniah Iman.Semoga terus cemerlang dalam sukan balapan.

Iman ni,dia minat sukan lumba lari..Memang selalu la berlatih lumba lari dengan Akif kat padang berdekatan rumah..Sekarang ni kalau bab bab larian Iman juara..Akif jatuh nombor dua..Sesekali ada la jugak Akif menang..Tapi boleh kira ngan jari jer laa.



Ni dia medal yang Iman dapat untuk acara larian baru baru ni..Yayy dapat pingat emas dua ketul..Satu untuk acara 70 meter perseorangan dan satu lagi untuk acara 4x100 meter ...




Terobekk balik hari Iman dapat Pingat Emas..Masa Cikgu duk umum pemenang,Iman lum sempat nak pakai kasut lagi..Terus jer naik pentas..Hahaha tanpa kasut gitu...Cikgu tak perasan gamaknya,Umi ngan abah yang duk tangkap gambar kat depan ni nak nangis rasa tahan gelak tengok anak tak berkasut..Orang lain kemas jer pakai kasut..tapi dia berkaki ayam..alahaiiii..


Kita baling belakang di hari Sukan Tahunan Sekolah SKSG..Ni masa ni Iman and the gang tengah duk tunggu giliran acara dia bermula..Relaks jap kat tepi padang sebelum acara dimulakan..Masa Umi tanya,Ok tak ?..Boleh menang tak..Confidenn jer angguk BOLEH BOLEH..Ok kalau boleh nanti buat yang TERBAIK okey..


Ke garisan..Siap sedia nak mulakan larian..Masa ni kan Umi pulak yang berdebor debor dup dap dup dap dada ni haaa..Takut jatuh tiba tiba ke,silap step ke,....mau tak berdebar debar anak sendiri yang join lumba lari..Macam kita plak yang nak lumba..



Fuhh mula mula wisel dibunyikan Umi dah nampak Iman paling depan..Umi apalagi bagi sokongan kaw kaw siap.maauk dalam padang ngan abah dia tauuuu..Hahaha duk paling depan macam tau tau jer anak nak menang ni..




Nampak tak tu nampak tak..Masih mengekalkan prestasi di tempat pertama sejak awal larian Iman memang laju..




Akhirnya berjaya meninggalkan kawan kawan lain kat belakang sana...Yahooo pingat emas untuk anak Umi..Tak sia sia laa Umi datang sokong pepagi buta kat dah tercongok kat sekolah..Tahniah tahniah ..




Berjaya juga jadi JUARA ... Ambik nombor dengan Cikgu dan terus melangkah ke.meja urusetia....



Yahooo yahoo yahoo...Impian dia nak.dapat dua pingat berjaya jugak...Sebenarnya sebelum acara sukan tahunan bermula..Iman memang dah bagitahu lat Umi dan Abah awal awal yang dia memang nak sangat dua pingat emas untuk dua acara larian yang dia sertai..Alhamdulillah berjaya dapat dua pingat emas..Impian jadi kenyataan ..



Muka tak nampak cam penat pon..Relaks jer dia.Kita pulak yang duk sokong dia rasa penat..Dia boleh buat ilek buat peace lagi..

Untuk acara 4x100 meter lari berganti ganti,Umi tak sempat nak tangkap gambar sebab sibuk sangat bagi sokongan.Lupa dah nak tangkap gambar sebab seronok sangat tengok anak berlari..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....Tahniah lagi sekali Adam Iman..



Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..