Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital.Dua  hari lepas kat dalam group whatsapp gang gang zaman belajar dulu..Ada sorang kawan yang baru pertama kali mengandung duk tanya mengenai barang apa yang perlu di bawa ke hospital waktu nak bersalin..Makanya ramai jugak la kawan kawan yang bergelar mommy,ibu,umi,mak,mama,bonda dan seangkatan dengannya bagi respon kat soalan member ni...Macam macam senarai  la yang keluar,hinggakan barang yang tak logik bawak pon disenaraikan sekali..Hahaha part paling best kitaorang gelak berjemaah..Apa taknya sorang masuk gtau suruh bawak benda ni..sorang lagi masuk gtau suruh bawak benda tu..Orang kata kalau buat senarai memang tak lulus laa jawapnya..Makanya,sebagai seorang kawan aku offer diri untuk si kawan yang baru first time nak g bersalin ni..Aku cakap kat dia nanti aku up kat blog senarai barang keperluan bersalin untik dibawa ke hospital...Makanya gigih pulak laa aku ngadap lappy nak update blog memalam buta sambil ditemani kipas siling yang bertiup sepoi sepoi bahasa jer..sebab aku bukak kipas no 2 jer..Ujan oiii sejukkk nauuu..

Tak yah cakap banyak la bab kipas umah aku tu..Meh sini aku nak citer,...apa barangan yang perlu dibawa ke hospital waktu nak pergi bersalin..Ni untuk kawan aku dan jugak bakal ibu di luar sana yang baru pertama kali bersalin....Pasti korang nak tau,apabenda barang nak bawak pergi hospital.Seelok eloknya semua kelengkapan dipersiapkan awal agar tidak kelam kabut waktu nak berangkat ke hospital.Letak kat satu tempat supaya senang untuk kita dikemudian hari..Nanti takde la kelam kabut jadinya..mana nak cari barang lagi ngan sakit lagi..nak capai itu capai ini..Kalau letak setempat semua barang alhamdulillah senang cepat dan selamat..

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital




Barangan Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital



Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital


Nak pergi bersalin bukan macam nak balik kampung semua benda nak kena bawak..Bawak yang perlu sahaja..Kalau tak cukup nanti lepas bersalin time suami datang melawat boleh minta bawak lagi..Ni bawak yang asas jer...Ok aku senaraikan barangan ibu yang perlu ada waktu nak berangkat ke hospital.

Barangan Ibu 

- Buku merah aka buku mengandung tu laaa..jangan buat buat lupa bawak pulak..
- Kad pengenalan 
- Handphone
- Kamera
- Kain batik atau skirt labuh 2 helai 
- Blouse atau tshirt menyusu 3 helai
- Stokin 2 pasang
- Shawl atau tudung ikut mana yang korang rasa selesa bawa 2 helai
- Sweater
- Selipar atau sandal pastikan yang tak licin dan selesa dipakai
- Maternity pad
- Seluar dalam dan baju dalam secukupnya
- Alatan mandian dan pengurusan diri
- Minyak panas untuk sapu pada dahi kaki perut dan juga tapak kaki selepas mandi..Takut nanti masuk angin susah


Barangan Bayi

Untuk barangan bayi..korang simpan siap siap dalam satu beg kecil sebab barang barang ni nanti suami akan bagi pada nurse untuk siapkan bayi korang...Apa yang korang perlu letak kat dalam beg kecil tu..

- Baju lengan panjang berbutang depan – 1 helai
- Baju lengan pendek berbutang depan – 1 helai
- Mitten & booties – sepasang
- Kain bedung – 1 helai
- Lampin pakai buang – 2 keping
- Tuala
- Peralatan mandi

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital



Untuk barangan bayi yang lain,korang boleh masukkan sekali dalam  beg kelengkapan korang..Apa yang korang perlu bawa...

- Sepasang baju lengan panjang / pendek berbutang depan – yang ni untuk pakai masa nak balik rumah  nanti
- Mitten & booties – dua pasang
- Barut 3 helai
- Lampin pakai buang 5 – 10 keping
- Kain bedung – 2 helai
- Topi
- Selimut
- Tuala mandi bayi
- Tisu basah
- Minyak telon

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital



Bakul Untuk Ibu
Bakul untuk kelengkapan ibu semasa dalam wad juga penting untuk dibawa...Apa yang perlu korang bawak dalam bakul tu..Bawak yang asas jer tak perlu bawak macam nak pergi berkelah ok......

- Termos
- Air masak / air mineral
- Susu
- Biskut/roti/oat/bijiran
- Kurma/kismis
- Air zamzam
- Sudu dan juga garfu
- Cawan

Ok ni jer senarai barangan yang korang perlu standby kat tepi pintu bilik,senang nanti dah ada rasa sakit nak bersalin terus capai barangan yang dah tersedia..Satu lagi jangan lupa charger phone..Senang nanti nak charge phone..

K laa tu jer la aku nak kongsi kat korang..Harapan aku perkongsian aku ni dapat dimanfaatkan oleh korang dengan sebaik baiknya..Kalau korang rasa apa yang aku tulis ni bermanfaat..korang kongsi kongsi laa ngan kawan kawan korang jugak ya..Manala tau kot kot ada antara kawan korang tu first time nak g bersalin kat hospital..mesti dia tengah cari cheklist barangan yang nak di bawak ke hospital waktu nak bersalin nanti.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. betul kan lya, kalau nak bawa mcm2 jenuh la..tapi cute la pic 1st tu..

    BalasPadam
  2. tq kak.. dah lupa list ni.. hahahaa.. kena branak lagi nampak gayanya. Dulu dkna tak bawal bantal or tilam baby, terlupa...cian baby tidur bogel2 gitu jer.. nasib baik kakak datang bawak.. hahaha

    BalasPadam
  3. thanks for the tips. boleh la share kat akak akak saya nnti.

    www.thephotolicious.com

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.