Doa Ibubapa Supaya Anak Cemerlang Dan Berjaya

Doa Ibubapa Supaya Anak Cemerlang Dan Berjaya.Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama anak sulung Lya,Nur Aina Insyirah binti Suhaimi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.Syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan Insyirah dalam menjawap soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan juga Bahasa Melayu Penulisan.Malam ini Lya ingin kongsikan doa ibubapa supaya anak cemerlang dan berjaya yang Lya amalkan untuk anak anak Lya...Semoga perkongsian Lya ini,dapat kita sama sama amalkan untuk anak anak kita.InsyaAllah...Aamin aamin ..

Doa Ibubapa Supaya Anak Cemerlang Dan Berjaya



Mulakan doa dengan bacaan zikir dan juga selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya Engkaulah tempat pergantungan kami sekeluarga,Engkaulah pelindung kami, Engkaulah penjamin rezeki kami,bahkan seluruh hidup dan mati kami adalah di dalam ketentuan dan kekuasaan Mu Ya Allah..

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan dan memohon padaMu,pada setiap masa dan setiap hari supaya:

- Jadikan anak anak kami NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ sebagai anak yang beriman, taat kepada segala perintahmu dan menjadi anak yang soleh  dan solehah.
- Jadikan anak kami NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ sebagai pelajar yang percaya kepada kelebihan dan kebolehan yang telah Engkau berikan kepadanya.
- Jadikan anak kami,NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ   sebagai pelajar yang terbaik dan cemerlang di dalam semua mata pelajarannya dan seluruh bidang kehidupannya.
- Jadikanlah anak anak kami NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ,anak yang taat dan sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya.
- Jadikanlah anak anak kami NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ sebagai pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa menghormati guru-gurunya.
- Jadikanlah anak anak kami NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ   sebagai insan yang berjiwa besar, sebagai pemimpin bertaqwa di masa depan dan menjadi warganegara yang berguna.
- Jauhkanlah daripada anak anak kami  NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ,segala sifat malas, lemah, putus asa, lalai dan semua sifat negatif dan keji, yang boleh merosakkan fikiran dan kehidupannya. Lindungailah anak kami daripada segala perangai buruk, perkara jahat dan maksiat, yang boleh membahayakan diri dan kehidupan mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami juga memohon kepadaMu,supaya dipermudahkan bagi anak-anak kami untuk mengingat dan memahami setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari.Mudahkan bagi anak anak kami memahami dan menjawab setiap soalan peperiksaan dengan hati yang tenang,yakin dan betul, sehingga mencapai hasil keputusan yang terbaik. 

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Berikanlah pertolongan dan petunjuk supaya anak kami  NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ boleh lulus dengan cemerlang dan mendapat semua A di dalam setiap peperiksaan mereka sepanjang tempoh pembelajaran mereka Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Ampunilah segala dosa kami dan dosa anak-anak kami. Berikanlah kepada anak anak kami NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN dan MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ,taufik dan hidayah supaya anak anak kami menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, 

Jadikanlah kami orang yang bersabar dan tabah apabila menghadapi kesukaran dan kegagalan. Dan jadikanlah kami orang yang bersyukur, tawaduk dan taat kepadaMu apabila menerima kejayaan,kekayaan dan kemenangan.

Amin ya robbalalamin...


Jangan lupa akhiri doa dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Munhammad SAW.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Aamin.. semoga kejayaan dari dunia dan akhirat sentiasa mengiringi anak-anak kita Lya :)all the best buat Insyirah

    BalasPadam
  2. Puan, mohon izin utk diamalkan doa ni pd anak2 saya... N dikongsi kpd ibubapa lain...boleh?

    BalasPadam
  3. Puan, mohon izin utk diamalkan doa ni pd anak2 saya... N dikongsi kpd ibubapa lain...boleh?

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.