Tips Paling Berkesan Atasi Anak Mengamuk Tanpa Perlu Marah

Tips Paling Berkesan Atasi Anak Mengamuk Tanpa Perlu Marah.Bila anak mengamuk,kita akan rasa nak marah..kalau boleh nak cubit cubit jer anak kita tu..Lagi lagi bila anak kita 
mengamuk kat tempat awam.Boleh hilang sifat sabar masa tu..Malu muka jangan cakap la..Terutama part orang luar duk pandang semacam kat kita.Kadangkala tak tahu mana nak sorok muka dek kerana malu dengan karenah anak.Mesti diaorang punya pemikiran duk cakap..Ala anak sendiri pon tak boleh nak pujuk..Anak mengamuk pon tak boleh nak handle..Ermm orang luar boleh cakap jer..tapi yang rasa kita..Yang tertekannya kita..

Anak merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk kita.Anak juga adalah ujian buat kita.Sememangnya, karenah anak-anak kita adalah untuk menguji tahap kesabaran kita selaku hambaNya. Seringkali, kita mungkin rasa ingin marah sahaja bila anak-anak membuat perangai yang tidak sepatutnya. Namun, adalah tidak bagus sekiranya kita sering memarahi mereka, kerana ia boleh mencederakan emosi dan psikologi anak kita.Marah bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.Pagi ni Lya ingin kongsikan info atau tips paling berkesan atasi anak mengamuk tanpa perlu marah.

- Bertenang
Jangan cepat marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis dan mengamuk.

- Peluk
Peluk dan tenangkan anak sambil bacakan surah al-fatihah.

-Pujuk
Memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dan belai rambutnya. Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian kepada mereka.

- Nasihat
Selepas anak penat mengamuk, pergi belai dia dengan lembut dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan tadi adalah salah. Dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik.

- Pastikan anak anda selamat
Menenangkan anak dan memastikan keselamatan anak. Beri perlindungan kepada anak supaya dia tidak berasa takut dan lebih selamat.

- Jangan menghukum
Elakkan memukul dan menjerit dgn memarahi anak, kerana ini akan menyebabkan anak anda mengamuk dgn lebih teruk dan mengganggu emosi anak.
- Asingkan anak
Jika boleh, asingkan anak anda pada satu sudut atau dalam sebuah bilik bersama anda.

- Sistem ganjaran
Katakan kepada anak jika dia bersikap baik, kita akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

- Bersikap tegas
Sesekali kita perlu bersikap tegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu kita ambil.

- Jangan beri hadiah
Elakkan memberi apa yang diinginkan anak apabila mengamuk kerana tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama untuk mendapatkan sesuatu.

- Alih perhatian anak
Ketika sedang membeli-belah, bila anak tunjuk tanda-tanda dia mahukan sesuatu, cepat-cepat alihkan perhatiannya. Bawa dia ke bahagian lain.

Semoga tips yang Lya kongsikan ini dapat membantu kita semua untuk mendidik anak dengan lebih baik. Jom kita amalkan bersama. Seandainya ia bermanfaat, bolehlah untuk dikongsikan kepada semua bakal dan ibu bapa yang lain juga yang berkenaan.


Semoga diberkati Allah ..InsyaAllah...


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kadang-kadang, memang boleh kawal dengan sikap anak macam ni..tapi bila kita sendiri dalam keadaan penat dan tidak selesa, terlepas juga kemarahan tu pada anak-anak..kemudian, bila duduk sorang2, rasa menyesal tu datang. terus bawa anak-anak jalan-jalan, makan aiskrim, main permainan. hehe.

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. memang mendidih darah kalo anak2 buat perangai

    BalasPadam
  3. Akak dah anak 6 dah... Akak pun nak share tips utk elak diri kita sebagai ibu daripada cepat marah semasa kita kluar makan dgn anak2. Tipsnya ialah ibu jangan order atau makan makanan pedas. Bila kita kepedasan, emosi nak marah tu cepat jer aktifnya... So better elakkan makanan yg pedas ye. InsyaAllah kita akan lebih cool melayan karenah anak. Cuba la ye..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.