Sawan Dan Apa Perlu Dilakukan Ketika Anak Diserang Sawan

August 17, 2016

Sawan Dan Apa Perlu Dilakukan Ketika Anak Diserang Sawan.Ok pagi ni Lya nak buka topik mengenai serangan sawan di kalangan bayi dan kanak kanak.Sawan yang Lya maksudkan adalah serangan sawan ketika demam.Sawan akibat demam biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak kanak yang berusia 6 bulan hingga 5 tahun.Menurut sumber Kementerian Kesihatan, majoriti sawan berlaku pada usia 18 bulan dan sangat rendah sebelum usia 6 bulan atau selepas umur 3 tahun.Umumnya insiden sawan ketika demam akan berkurangan dengan banyak selepas usia 4 tahun dan sangat jarang berlaku selepas mencapai usia 7 tahun.Kebanyakan serangan sawan berlaku pada hari pertama demam.

Sawan ,Serangan Sawan ,Serangan Sawan Kerana Demam , Sawan Di Kalangan Kanak Kanak , Anak Di Serang Sawan , Ubat Sawan , Apa Nak Buat Bila Anak Sawan , Penyakit Sawan Boleh Di Ubati , Tanda Tanda Sawan , Sawan Dan Kesannya , Tips Apabila Anak Terkena Sawan , Cara Tangani Sawan Kanak Kanak , Tips Apabila Anak Terkena Sawan


Ketika sawan, kanak-kanak hilang kesedaran, kaki atau tangan bergetar,kejang,keras,bola mata ke atas, muntah dan lain-lain.Serangan sawan biasanya berlaku beberapa minit sahaja (biasanya kurang 5 minit), namun boleh juga melewati tempoh 15 minit.

Perkongsian cerita untuk sahabat.Anak sulung Lya pernah diserang sawan berkali kali ketika demam sewaktu berusia setahun lebih dan berlanjutan sehingga usia 5 tahun.Pertama kali serangan sawan berlaku ketika usia Insyirah setahun 3 bulan.Masa tu Ya Allah tak tahu nak buat apa..Panik cemas susah hati semua ada bercampur baur.Tambahan pula Lya ketika itu berdua sahaja dengan Insyirah.Waktu kejadian memang Lya tak tahu apa apa apa mengenai sawan kerana demam dan tak pernah ambil tahu.Tapi bila terkena pada anak sendiri Ya Allah barulah Lya tahu begini rupanya serangan sawan.Dalam keadaan panik Lya bawa Insyirah ke singki dan mandikan dia sebanyak mungkin..
Curah air kat badan....basuh kepala sebanyak yang boleh...Alhamdulillah tak sampai lima minit nampak Insyirah dah Ok.Sewaktu serangan sawan yang pertama kali mulut Insyirah berbuih,tubuh kejang,mengeras,tangan menggeletar,bola mata ke atas dan muntah susu..Masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan Lya saat pertama kali Insyirah di serang sawan..

Bertitik tolak daripada kejadian serangan sawan yang pertama berlaku pada Insyirah,Lya mula belajar dan juga mengkaji mengenai serangan sawan dan langkah langkah pencegahan.Banyak yang Lya belajar dan fahami melalui perbincangan dengan doktor dan juga pembacaan.Namun setiap kali serangan sawan berlaku pada Insyirah,setiap kali juga perasaan PANIK dan CEMAS menguasai diri Lya.Pendek kata setiaap kali Insyirah terkena serangan sawan,Lya mudah hilang punca..Pernah terjadi serangan sawan sewaktu En Hubby ada kat rumah..Insyirah hampir hampir menggigit lidah akibat sawan.Panik bila tengok keadaan anak seperti itu,Lya masukkan jari Lya ke dalam mulut Insyirah..Masa tu Lya terkejut sangat tak sempat nak capai tuala..MasyaAllah waktu kejadian badan Insyirah kejang dan mengeras..Bila jari Lya masuk kat dalam mulut dia menggigit sekuat kuatnya kerana keadaan serangan sawan yang teruk pada masa itu Sakitnya jari jangan cakap,kesannya masih ada hingga kini..En Hubby yang panik terpaksa buat macam macam termasuk menggunakan sudu untuk elak jari tersepit semakin lama..Nak bukak mulut tak boleh sebab masa tu Insyirah kejang jadi terpaksa guna peralatan yang ada untuk bagi mulut terbuka..Alhamdulillah berjaya dan kami gantikan dengan tuala kecil untuk seketika sebelum sawan beransur hilang.

Bercerita mengenai serangan sawan,banyak pengalaman yang Lya lalui sewaktu Insyirah beberapa kali di serang sawan.Bukan tak berwaspada setiap kali demam tapi setiap kali demam memang Insyirah mudah diserang sawan.Dalam berhati hati menjaga ketika Insyirah demam,serangan sawan tetap berlaku.Serangan sawan berlanjutan setiap kali demam sehingga usia Insyirah 5 tahun.Sawan hilang sepenuhnya ketika usia Insyirah 5 tahun selepas tanggal gigi susu yang pertama.Menurut kata doktor,serangan sawan akan hilang sepenuhnya bilamana gigi susu pertama tanggal.Jika masih di serang sawan selepas gigi susu pertama tanggal,berkemungkinan sawan akan kekal hingga dewasa.Wallahualam...


Apa Nak Buat Bila Anak Diserang Sawan 



Apa yang perlu kita lakukan jika anak diserang sawan?Apa kita nak buat bila anak diserang sawan ?..Ok Lya nak kongsikan kepada anda semua,apa yang perlu anda lakukan saat anak anda diserang sawan :


1.JANGAN PANIK ! Jangan panik !! Jangan Panik !!!. (Hakikatnya memang setiap kali anak terkena serangan sawan,Lya mudah panik) .Jangan jadi seperti Lya okey...Jangan panik dan jangan cemas...

2.Kenalpasti masa dan tempoh sawan.Jika lebih lima minit sawan masih belum berhenti tetapi anak masih belum sedar,panggil ambulan atau bawa anak ke hospital atau klinik berdekatan dengan kadar segera.Pengalaman Lyaanak sulung Lya biasa diserang sawan sekitar lima minit ke bawah.

3.Alihkan sebarang objek berbahaya disekeliling anak untuk elakkan kecederaan.

4.Dengan berhati hati,letakkan anak di atas permukaan yang selamat contohnya lantai bagi mengelakkan kecederaan akibat terjatuh.Jangan letak dalam keadaan berdiri atau atas kerusi.

5.Elakkan kepala anak daripada tercedera akibat terhantuk pada permukaan keras.Pegang betul betul kepala anak,masa ni anak tak dapat nak duduk dengan betul kerana hilang keseimbangan badan akibat kekejangan.

6.Jangan pegang anak terlalu kuat semasa sawan.

7.Longgarkan pakaian di bahagian leher.

8.Letakkan anak di posisi mengiring ke kiri atau ke kanan bagi mengelakkan anak tersedak.Cara ini juga dapat mengelakkan anak tertelan muntah jika anak termuntah semasa serangan sawan.

9.Dengan berhati hati keluarkan sebarang objek dalam mulut anak.Jangan letakkan apa apa dalam mulut anak kerana ia boleh menghalang saluran pernafasan.

10.Basahkan badan anak dengan air paip untuk menurunkan suhu. Elak menggunakan ais kerana ini menyebabkan suhu naik semula selepas kesan ais hilang.

11.Dapatkan rawatan segera apabila sawan telah berhenti.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa mengetahui dengan lebih lanjut,apa yang perlu dilakukan ketika anak diserang sawan.Semoga bermanfaat.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 sang pencerita

  1. singgah pagi...
    tq sharing...pernah terjadi pada arwah kakak nieyl..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bagus kak ..tq sharing

    ReplyDelete
  3. terima kasih. info berguna sgt ni.

    ReplyDelete
  4. thanks berkongsi info yang sangat berguna ini.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kak... takutnya dkna baca kisah ni.. ibu mana yang tak panik kalau anak kena sawan depan mata ...

    ReplyDelete
  6. nice info kak lya..info berguna sangat ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!