Pendaftaran Sukarelawan Haji Cilik 2016 Muslim Volunteer Malaysia

August 04, 2016

Program Simulasi Haji Cilik merupakan satu modul pembelajaran yang dinamakan Program Simulasi Haji Cilik. Proses haji yang disusun di dalam simulasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak pada awal usia.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM),Fitrah Guidance & Consultancy dan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Peringkat awal kanak-kanak adalah masa yang amat sesuai untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang sesuatu perkara kerana 48% kehidupan manusia mencapai proses paling kritikal pada umur 4 hingga 6 tahun.




Pengalaman yang dilalui semasa program ini akan menjadi satu titik tolak kepada mereka untuk mengalami detik-detik menjadi seorang bakal haji pada awal usia.Ianya pasti memberikan satu kenangan indah yang tidak mungkin dilupakan seumur mereka.

Program ini akan melibatkan sebanyak lebih kurang 40 buah tadika di bawah PERTIM dan mensasarkan penglibatan seramai 4000 kanak-kanak tadika di seluruh Malaysia.

Untuk program “Haji Cilik 2016” Muslim Volunteer Malaysia adalah sebagai Rakan NGO yang akan membantu menyediakan 250 orang sukarelawan atau dipanggil Mutawwif untuk mengiringi kanak-kanak tersebut.


Kriteria Sukarelawan Haji Cilik 2016

Maklumat Program Simulasi Haji Cilik "SI CILIK CERDIK HAJI"


Tempat:Masjid Negeri Shah Alam 
Tarikh:7 September 2016
Hari:Rabu 
Masa:09.00 AM – 05.00 PM
Anjuran:PERTIM dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia

Pendaftaran Sukarelawan Haji Cilik 2016


Program ini hanya dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas.

Jumlah penyertaan : 250 orang

Yuran penyertaan : RM20 (termasuk makan,minum dan sijil program)

Langkah Langkah Pendaftaran Dan Pembayaran 


Semua penyertaan hanya akan disahkan selepas volunteer mengikuti langkah-langkah dibawah:

1. Membuat pembayaran yuran RM20 ke atas nama akaun: 

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Akaun Maybank : 5648-0164-7699
Akaun Cimb : 8602-5378-07

2.Lampirkan bukti pembayaran dan emelkan kepada urusetia MVM “hajicilik.mvm@gmail.com“dengan format email berikut:


Nama Penuh:
No Kad Pengenalan:
Email:
No Telefon:

3. Jika anda mendaftar untuk rakan anda,sila berikan butiran maklumat kawan anda seperti diatas.

4. Tulis nama penuh dengan huruf besar dan tulis no kad pengenalan tanpa sengkang.

5. Volunteer yang telah membuat pembayaran yuran untuk program “Haji Cilik 2016” akan menerima panggilan dan emel pengesahan pendaftaran sebagai volunteer di dalam tempoh 1-3 hari selepas pembayaran yuran dibuat. (Panggilan akan dibuat pada waktu bekerja).Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran program “Haji Cilik 2016” anda boleh menghubungi no 019-6973577 (MVM) / 03-8074 0434 (PEJABAT) pada waktu bekerja 9 pagi – 6 ptg. *No ini hanya menerima panggilan sahaja.


Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.