Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Tembakan Meriam Esok

July 18, 2016

PENDUDUK PUTRAJAYA DIMINTA TIDAK PANIK BUNYI TEMBAKAN MERIAM ESOK DAN JUMAAT

Putrajaya, 18 Julai - Penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya diminta tidak terkejut atau panik jika terdengar bunyi tembakan meriam esok dan Jumaat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata tembakan adalah bersempena raptai penuh Istiadat Mengarak Panji-panji Yang Dipertuan Agong yang akan didakan esok dan istiadat berkenaan pada Jumaat di Dataran Pahlawan Negara.



Beliau berkata semasa raptai penuh, sebanyak dua das tembakan akan dilakukan manakala pada Jumaat, ia melibatkan 21 das tembakan.

Rosly juga menegaskan pada Jumaat, penggunaan drone tanpa kelulusan tidak dibenarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta sebarang aktiviti melibatkan penerbangan belon panas.- BERNAMA


SUMBER : Fb Page PDRM

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. Baguslah ada notis pemberitahuan seperti nie, nanti tak pasal orang wat spekulasi pelik2 pulak.. ahaha

    ReplyDelete
  2. Pemberitahuan awal...terbaiklah...

    ReplyDelete
  3. bagus beritahu awal..hehee..hye akak rindu syira takkk

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.