Program Ramadhan Muslim Volunteer Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.Segala puji dan syukur kerana kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan rahmat, bulan keampunan.Sempena dengan bulan Ramadhan ini pihak Muslim Volunteer Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kerana anda terus menyokong kempen-kempen yang sedang di lakukan.

Berikut merupakan kempen - kempen yang masih lagi berterusan...

Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang sudi untuk menaja 80 anak-anak yatim berbuka puasa pada 10 Jun bersamaan hari ke 5 kita semua berpuasa.



2. Keluarga Miskin & Asnaf ---> https://mvm.org.my/pureheartramadhan
Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang sudi untuk menaja 150 keluarga-keluarga Miskin & Asnaf  dalam program bantuan "PureHeart" pada 25 jun bersamaan hari ke 20 kita semua berpuasa.



3. Projek Dodol ---> https://mvm.org.my/projekdodolmvm
Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang sudi untuk menaja 600 dodol yang akan diedarkan sekitar Masjid & Surau sekitar Shah Alam pada 18 & 19 Jun bersamaan hari ke 13 kita semua berpuasa.



Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang berminat untuk menjadi Volunteer untuk mencerikan hati warga rumah kebajikan terpilih didalam bulan yang penuh barakah ini.



5. Kempen RM10 ---> https://mvm.org.my/kempenrm10mvm
Kempen ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang.



Ayuh teruskan sumbangan!

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDERMA?

Sumbangan melalui dalam talian (online) / ATM (DEPOSIT TUNAI

Berikut merupakan no akaun untuk membuat sumbangan :

(Sumbangan di atas nama PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA)

Maybank Islamic - 5648 0164 7699
CIMB Islamic - 8602 5378 07

Selepas pembayaran, sila emailkan keakaun.mvm@gmail.com, ataupun whatsApp NAMA, EMAIL berserta RESIT PEMBAYARAN untuk rujukan kami ke

- Yazid MVM- 013-355 6211

Mohon juga doa dari anda, semoga semua berjalan dengan lancar.

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA





Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Muslim Volunteer Malaysia - MVM sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban.Demi Secebis Harapan !!

Catat Ulasan

0 Ulasan