Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa.Puasa adalah bermaksud menahan diri dari segala nafsu dan yang paling utama menahan diri berpuasa dari makan dan minum serta perkara-perkara yang akan membuatkan puasa kita terbatal bermula terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari...

Pada bulan Ramadhan,seluruh umat Islam akan berpuasa jika syarat wajib puasa telah dipenuhi....Alhamdulilah tahun ini 2016..kami sekeluarga masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk sama sama berpuasa..Terima kasih Allah...

Cara Niat Puasa Sebulan dan Harian di Bulan Ramadhan


Di bawah ini Lya kongsikan akan cara untuk melafazkan niat puasa sebulan dan niat berpuasa harian serta bacaan doa untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan..Semoga bermanfaat buat semua...InsyaAllah..





Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa






Lafaz Niat Puasa Ramadhan



LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadhan 



LAFAZ NIAT  SEBULAN RAMADHAN :

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan 



Lafaz Doa Berbuka Puasa :

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani..


Catat Ulasan

0 Ulasan