Cabut Gigi Susu Kedua Akif Imtiyaz

June 01, 2016

Cabut gigi susu kedua Akif Imtiyaz.Semalam aku dengan en hubby bawak Akif ke Klinik Pergigian Kemaman.Macam biasa laa kalau dah pergi Klinik Gigi memang nak jumpa Doktor gigi laa kan..Sebab musabab yang paling UTAMA nak cabut gigi susu kedua Akif.Gigi kekal kedua dia tumbuh kat belakang gigi susu macam haritu jugak..Aku ada citer kat sini Cabut Gigi Susu Pertama Akif .

Dua tiga hari sebelum bawak Akif ke klinik gigi,aku perasan dia punya feel masa nak makan tu lain macam sikit..Nampak macam dia duk.main main ngan gigi depan..pastu macam tak berapa selesa..Bila aku suruh nganga,ermm dah naik satu batang gigi kekal kat belakang gigi susu Akif..Aku cubala tarik tarik gigi susu tu nak bagi goyang..mana tau boleh cabut kat rumah..Jenuh jugak la duk goyang gigi tu tak jugak bergoyang.Masih kekal kemas kat gusi..Alahai nak tak nak kena bawak ke klinik gigi laaa... dan pagi semalam jam 9:15 pagi,kami dah tercongok kat Klinik Pergigian Kemaman..Dapat nombor 0009.Masa menunggu !!! ....

Masa cabut gigi susu pertama..dapat nombor 0005..kali ni dapat nombor 0009.

Bila nombor dah dipanggil..Muncul Doktor yang sama cabut gigi Akif awal bulan lepas..Doktor tu walaupon ramai pesakit dia..tapi dia masih kenal Akif lagi.."Hai adik comel,datang lagi harini..Apa masalah arini,adik comel.apa khabar?..gigi macam mana?...dah tumbuh elok kaa.?"..  Akif cakap sepatah dua jer..Tak berapa nak dengar sangat kot sebab banyak sangat soklan Doktor..hehehehe,dia jawap mana yang dia dengar jer laaa..pastu macam biasa laa suruh baring dan check gigi dulu...

Kali kedua nak cabut gigi..Dia dah tahu apa yang perlu buat..Masa Doktor tak suruh nganga lagi..dia dah siap nganga daaa..Dia dah hafal step by step hehehee..Bagus betul anak bongsu Umi..

Doktor cakap gigi cantik..gigi bersih..pandai adik jaga gigi..Gusi adik pon sihat takde masalah..Jangan makan manis manis tau nanti gigi rosak dah tak cantik..Hehehe..dia angguk jer sebab takle cakap dengan mulut ternganga gitu..

Mula mula Doktor check gigi dulu pastu buang sisa makanan yang ada..Pastu dan bersihkan gigi,Doktor bagi nasihat camne nak jaga gigi...camne nak kekalkan gigi bersih..Akif duk dengar penuh khusyuk...Ok dah siap semua tu,masa untuk cucuk ubat bius pulak..Kena cucuk ubat bius dulu baru boleh cabut gigi..Ok masa ni laa Doktor suruh Akif bilang dari nombor 1 hingga nombor 20.

Doktor cakap bilang kat dalam hati nombor 1 hingga 20..Doktor pon bilang sekali ok..Adik tarik nafas dalam dalam..Tarik nafas okey..Bagusss adik..Aku senyum jer tengok layanan TERBAIK dari Doktor..

Dah siap cucuk ubat bius..Doktor suruh tunggu kat luar sementara ubat bius bekerja..Masa ni kami duk kat luar sementara Doktor panggil..Akif nampak relaks jer..Al maklum la sebelum ni dia dah ada pengalaman cabut gigi susu pertama dia.Jadi dia dah biasa dengan rasa kebas ubat bius kat gusi dia...Cuma bila dia rasa tak selesa,nampak dia main main ngan bibir..Dia cakap rasa tak selesa laa Umi..Tapi kejap jer lepas tu Doktor panggil masuk untuk cabut gigi...

Tak sempat nak tengok Doktor cabut gigi Akif..Sedar sedar Doktor dah letak kapas daa kat tempat gigi yang dicabut..Cepat betul laaa..


Dah siap daa...Pasni kita boleh balik daaaa..Relaks jer dia tak nangis pon..

Sebelum keluar dari bilik Doktor gigi..Doktor tanya nak bawak balik gigi tak..Aku apalagi terus laa cakap nakkkk..Aritu gigi susu pertama lupa nak mintak huhu..Arini dapat jugak bawak balik gigi bongsu kedua Akif..Ok dah siap semua sekali Doktor bagi kapas untuk tukar dan jugak ubat tahan sakit..Pastu say thank you kat Doktor..Masa untuk balik rumah...

Sebelum balik kita tangkap gambar dulu kat depan Klinik Gigi..Nampak tak nampak tak ..Saya dah cabut gigi kat sini..

Ok dek kerana Akif punya tak buat perangai sepanjang proses cabut gigi..aku dengan en hubby belikan dia hadiah..Nah hadiahnya..sekotak Choki Choki ..Ok bukan dia nak sangat kat coklat Choki Choki tuu..dia nak gambar BoboiBoy yang ada pada setiap pek kat dalam kotak tu jer..Tu la motif belikan Choki Choki ni...

Nah beli sekotak terus laa..senang dapat banyak kad BoboiBoy..

Sampai kat rumah..Akif terus bukak plastik yang Doktor bagi..Nak tengok gigi dia..Ehh naper gigi panjang gini..Nampak cam pendek jer..bila dah cabut jadi panjang..Panjangnya gigi Akif..Hehehee ya la nak..gigi kan terbenam dalam gusi mana nampak..bila dah cabut baru kita nampak gigi tu panjang...

Gigi susu kedua Akif..Lepas tengok tengok kejap.aku suruh Akif tanam kat dalam pasu bunga..Bila dia tanya..Apa motif tanam gigi kat dalam pasu bunga...Aku cakap takde motif apa apa laaa..saja jer suruh tanam..

Budak kecik ni banyak pulak soalan dia bial suruh buat apa apa..Motif la apalaaa..Macam macam soklan cepumas dia ni..K laa aku berenti kat sini dulu..Dah ha is daa citer cabut gigi susu kedua Akif Imtiyaz..Nanti Akif besar esok esok dia boleh baca kisah cabut gigi kat sini..

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. anak saya dulu pun bila gigi goyang sikit terus bercambah dah kat bekanga..memang cabut je la yang boleh.tapi sekarang tak de dah..dia pun sekarang jaga gigi dia sebab takut goyang..kalau goyang, naik je bercambah gigi mesti kena cabut..tu pasal jaga elok2 sekarang..tak nak pi cabut gigi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Akif....in sya Allah nanti tumbuh cantik gigi baru tu..

    ReplyDelete
  3. aduhaiii..seram pulak tengok akif cabut gigi..kite penakut..hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.