Tangkap Umang Umang Di Pantai Chendor

May 30, 2016

Tangkap umang umang di Pantai Chendor.Petang tadi aku dengan En Hubby bawak anak anak ke pantai..Anak anak duk mintak nak pegi pantai,nak pegi pantai..Jadinya petang tadi bawak la diaorang pergi Pantai Chendor...Mula mula lepak kejap kat tepi pantai sambil makan pisang goreng dan jugak tea o ais..Pastu,Akif dengan Iman layan main bola dengan En Hubby..Dah penat main bola,terus masuk dalam air..Mandi manda laa apalagi..Dalam duk mandi manda tu anak anak nampak ada binatang kecik kecik bercengkerang duk main main kat gigi air.Bila aku pegi dekat,tengok binatang tu..Aa ahh Umang Umang laaa..Lama betul tak jumpa Umang Umang.Bila anak anak tengok terus diaorang kutip masuk kat dalam bekas..Kutip saja saja jer buat main main kat pantai..Suka benor bila nampak makin lama makin banyak.Siap duk main main kat kaki lagi.Aku pulak seronok tengok,siap kutip sekali...Hehehe suka la pulak layan kutip Umang Umang..


Tu tengah mesyuarat laaa tu .Nak bawak balik kat rumah laa tu.Tengah cari idea camne nak seludup Umang Umang balik rumah.Hahaha mana boleh bawak balik rumah kesian la kat binatang tu..Biar jer duk kat pantai tu..

Nampak tak tu ..banyak benor Umang Umang yang kitaorang dapat.Kalau la boleh goreng hahaha..Lama dah buat lauk nasi nie...

Cer tengok dia punya khusyuk layan Umang Umang..Penuh Umang Umang duk keliling Akif..Suka sangat dia boleh main main..


Tudia..sebahagian Umang Umang yang sempat masuk bekas.Tak lama pon kejap jer.Sebelum balik buang semula kat dalam laut..

Hehehe letak atas tapak tangan kakak insyirah..Geli pulak bila tengok Umang Umang tu duk bergerak gerak kat tapak tangan.


Taraaaa..penangkap Umang Umang paling banyak...Hahaha kita ambik gambar dulu sebelum lepaskan balik kat dalam laut ya .. Masa ni Akif mintak bawak balik..Nak bela katanya..Huaaa nak bela pulak daaa..Mana boleh bela nak oii dia hidup kat laut laaa..


Last ambik gambar sebelum balik rumah...Esok esok datang lagi..


Seronok tengok anak anak gembira..Terisi jugak masa cuti sekolah diaorang..Esok esok nak bawak pergi mana la pulak ..Tengah fikir nak g mana cuti cuti ni...

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. Pantai Chendor !!!!!! lamanya tak pegi. kalau balik raya baru pegi. tupun 2 tahun sekali :')

    ReplyDelete
  2. baru fae tau umang-umang ne apa hehee

    ReplyDelete
  3. hahah lastt sekali mesti aksi akif tuu hehe. bestnya tangkap umang-umang :D

    ReplyDelete
  4. dulu waktu saya kecil..selalu tangkap umang-umang..buat umpan mancing. hehehe

    ReplyDelete
  5. Akak suka pantai..rindunya Nak lepak pantai macam muda2 dulu....

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.