Aktiviti Cuti Sekolah Anak Anak

Alhamdulillah cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat lepas lagi..Harini dah masuk hari keempat anak anak bercuti...Bila masuk jer musim cuti anak anak akan sibuk bertanya..nak pegi mana cuti kali ni,nak buat apa time cuti ni..nak jalan jalan balik kampung ke cuti ni..Ha aaa tu laa yang selalu anak anak tanya bila masuk jer cuti sekolah..Paling diaorang suka boleh balik kampung..Tapi kan kan kan cuti kali ni gamaknya tak pegi mana mana kot..Sebab kakak Insyirah sibuk tuisyen untuk UPSR..pastu abah pulak busy kerja..Nak tak nak duk kat rumah jer laaa kot..kecuali minggu depan boleh laa balik kampung dua hari time abah cuti..lamanya nak tunggu minggu depan..



Akif kalau masuk jer musim cuti sekolah..dia la yang paling sibuk ajak g jalan jalan..tak kisah laa kat mana janji boleh jalan jalan..Memang kaki berjalan hahaha..Dua tiga hari lepas dia duk tanya gak..bila kita nak balik kampung..Aku cakap laa kat dia awal puasa kot kita balik..kita bukak puasa kat kampung nanti..Suka sangat laaa dia bila gtau nak balik kampung.Akif cakap boring laa cuti sekolah tak balik kampung..Pastu siap cakap semua kerja sekolah yang cikgu bagi dah disiapkan..Pasni kita boleh g jalan  jalan dengan hati tenang..Yo laaa yoo laaaa..

Dek kerana takde program menarik aku nak buat..Jadinya hari kedua cuti sekolah iaitu hari Sabtu,anak anak ada program anjuran Kelab Nazim..Apalagi bila bagitau ada program..tiga tiga angguk nak join..Maka hari sabtu ada laa jugak aktiviti anak anak bersama Kelab Nazim Kemaman dalam program  "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan"... Seronok diaorang boleh join program masa cuti sekolah..Program kali ni diadakan dekat Taman Rekreasi Waterfront Kemaman..First time buat kat sini..

Antara aktiviti yang dijalankan dari jam 4 ke 6 petang..Mula mula program tazkirah dan jugak solat asar..Selesai solat asar..pengisian program diteruskan perbincangan..bercerita dan sesi soal jawap mengenai Ramadhan..Selesai sesi soal jawap pengisian seterusnya,anak anak Nazim diberikan sehelai kertas dan masing masing perlu menulis "Azam Ramadhan Saya" pada kertas yang diedarkan..Dah siap tulis azam kat kertas dalam masa yang ditetapkan..Sesi bergambar untuk anak anak Nazim bersama dengan kertas azam mereka..


Khusyuk benor duk tulis azam masing masing ..


 Abang Iman daa lama siap tulis azam dia..Akif lum siap apa apa lagi..


Ok ni pulak..catatan azam kakak insyirah..seronok sangat duk tulis azam..Umi datang pon tak sedar..


Siap tulis azam masing masing..Masa bergambar ramai ramai...


Last sesi untuk program Nazim..Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..makan makan bersama kawan kawan...


Siap makan makan dan bersalam salaman sesama kawan kawan dah boleh balik daa...Alhamdulillah program berjalan seperti dirancang..Terima kasih buat semua yang terlibat..Moga kita berjumpa lagi untuk program akan datang..InsyaAllah...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. ermm seronoknya..elok juga kak aktiviti macam ni..bila dah siap tulis dan senaraikan azam tu..boleh la praktikkan sikit-sikit.. :)

    BalasPadam
  2. wah.. seronoknya.. terisi waktu cuti...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.