Rayuan Sumbangan Untuk Keluarga Puan Hadeejatul

April 15, 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

HIDUP DENGAN HANYA MENGAMBIL UPAH MENGGOSOK BAJU JIRAN TETANGGA


Cuba anda bayangkan, bagaimana rintihan perasaan seorang ibu tunggal yang membesarkan 2 orang anak dalam keadaan serba kekurangan tanpa suami disisi.

Anak pertamanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak keduanya pula berumur 12 tahun.

Muslim Volunteer Malaysia,MVM menyahut rintihan ini, dalam tempoh beberapa bulan, MVM telah membuat beberapa kali kunjungan ke rumah keluarga Pn Hadheejatul yang terletak di kawasan Puchong Utama.

Pn Hadheejatul hanya berpendapatan sebanyak RM350 sebulan dan menyara dua orang anaknya selepas berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2015.

Pn Hadheejatul juga sering dijangkiti penyakit sehingga menghadkan pergerakan beliau.

Agaknya macam manalah perasaan seorang ibu tunggal menyara keluarganya yang OKU dan masih kecil dalam keadaan yang serba kekurangan ? 

Kami minta masa anda "2 minit sahaja" untuk lihat video mengenai keluarga ini https://mvm.org.my/keluargahadheejatul


Bagi anda yang ingin bersedekah untuk keluarga ini.
Sasaran 300 tajaan
Terkumpul RM0
1 tajaan = RM50
Maklumat mengenai program di : https://mvm.org.my/dsp

Anda boleh salurkan sumbangkan ke akaun Maybank :
No.Akaun : 5648-0164-7699
Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan "share" video ini semoga ramai yg dapat membantu keluarga ini.

Hubungi :

- 013-355 6211 (Yazid MVM)

Untuk sabarang pertanyaan.

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA


Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Muslim Volunteer Malaysia - MVM sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban.Demi Secebis Harapan !!

Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..