Tips Pemilihan Warna Tudung

March 10, 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tips Pemilihan Warna Tudung.Pepagi yang indah dah ceria ni Lya nak kongsikan beberapa tips pemilihan warna tudung.Kita kongsi bagaimana nak pilih tudung ikut tona kulit kita.Nak pakai tudung pon kena ikut tona kulit ke ?..Selama ni main bantai je..mana berkenan pakai jer..takde laa nak ikut sangat tona kulit.Janji sesuai sedap dipakai dan elok je pada pandangan suami..Lya boleh jer pakai..

Tips Pemilihan Warna Tudung

Tapi kan ...Bukan senang kalau kita nak memilih warna tudung mengikut tona kulit jika kurang mengetahui maklumat tentang warna yang sesuai pada kulit kita sendiri. Silap pilih boleh menampakkan wajah anda kelihatan tidak bermaya dan tidak cantik.Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan kita. Kalau kita memilih warna yang betul, secara tak langsung muka akan naik seri dan begitu juga sebaliknya.Wah gituuu..

Apakata kita pelajari cara bagaimana memilih warna tudung yang sesuai mengikut tona kulit agar kita kelihatan anggun, jelita, berseri-seri dan cantik apabila dipandang...Takkan tak nak cantik kot.Mesti korang pon nak cantik nak nak cantik di pandangan mata suami..Jom kita kongsi tips ...

1) Tona kulit putih/cerah/kuning langsat

TAHNIAH kepada mereka yang mempunyai tona warna kulit ini!! Beryukurlaa korang ya..Pemilihan tudung yang sesuai sangat senang dipadankan dengan banyak warna. Jika anda dalam kelompok tona kulit cerah serlahkan penampilan anda dengan menggayakan tudung warna-warna yang ceria dan terang seperti merah, hijau terang, biru terang dan hitam. AWAS, anda perlu jauhi memakai tudung berwarna pastel atau warna tanah seperti coklat, biru muda kerana ia menampakkan wajah anda kelihatan pucat.Jadi kalau nak cantik ceria gitu gunakan warna terang untuk tudung anda.

2) Tona kulit Sawo Matang

Anda dalam kelompok negara Asia. Kebanyakkan orang Malaysia berkulit sawo matang atau lebih tepat berkulit orang Melayu. Pemilihan warna tudung yang sesuai untuk tona kulit sawo matang ini ialah kuning, hijau, oren. Dengan pemilihan warna ini menampakkan anda wajah anda kelihatan terserlah dan berseri-seri. PERINGATAN, anda yang berkulit warna ini cuba ELAKKAN penggunaan warna kelabu atau gelap yang membuatkan wajah anda tidak bermaya.Huhuhu tapi kan warna kelabu atau warna hitam memang orang suka pakai sebab nak boleh matching ngan semua warna pakaian...

3) Gelap / hitam manis

Ungkapan "Hitam manis pandang tak jemu" bagi wajah yang berkulit gelap harus serlahkan penampilan anda dengan ceria dan cerah seperti biru laut, merah jambu, putih, peach dan hijau muda. ELAKKAN memilih tudung warna yang gelap seperti hitam, Coklat gelap, biru gelap, dan hijau tua kerana ia akan menampakkan wajah anda lebih gelap.Ha aaa la kan..muka dah gelap jangan laa duk tambah redup lagi dengan pemilihan tudung yang tak sesuai.

Lya harap perkongsian tips pemilihan warna tudung ini akan dapat membantu anda membuat pemilihan yang tepat untuk memilih tudung mengikut kesesuaian tona kulit.Bila dah tahu tona kulit kita tu kat DAERAH mana..maka senang ler kita nak memilih tudung yang sesuai..Tapi kan kekadang kalau nak cepat...Lya sarung jer tudung yang ada depan mata.Tak sempat nak pilih pilih..



Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. Penin la kalau pasal tudung ni, memang keja org pompuan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe SP tok sah pening laa sebab SP lelaki hehehe..

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.