Tips Pemakanan Untuk Otak Yang Bijak Dan Cerdas

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tips Pemakanan Untuk Otak Yang Bijak Dan Cerdas


Tips Pemakanan Untuk Otak Yang Bijak Dan Cerdas.Tidak dinafikan kita hari ini semakin mementingkan pemakanan terbaik untuk otak bijak dan cerdas.Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tips terbaik untuk otak yang bijak dan cerdas.Siapa yang tak nak otak bijak dan cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat.Semua orang,kalau kita tanya "Nak Otak Bijak Dan Cerdas Tak ?'' .. Semua pasti nak otak bijak dan cerdas,takde yang tak nak.Nak otak bijak dan cerdas ,jom Lya kongsikan bagaimana amalan pengambilan makanan sunnah iaitu makanan kesukaan Rasulullah SAW dapat melahirkan otak yang bjak dan cerdas.InsyaAllah akan dapat otak bijak dan cerdas jika selalu amalkan pengambilan makanan yang Lya nyatakan di bawah.

Tips Pemakanan Untuk Otak Yang Bijak Dan Cerdas

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam

Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.Halwa ialah halia yang dijadikan halua.Halua ialah halia yang dijadikan manis manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sblm ni sya x minat madu tp paksa jugak makan. otak x berapa genius dah bila tua2 ni

    BalasPadam
  2. sampai sekarang PC masih amalkan makan kismis kak...mungkin dah terbiasa dari zaman sekolah...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.