Tasik Biru Di Kemaman Terengganu

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tasik Biru Di Kemaman Terengganu


Tasik Biru Di Kemaman Terengganu.Tasik Biru Kemaman..Tak pernah dengar mengenai tasik ni sebelum ni.Tak tahu juga kewujudan tasik ini.Tasik Biru ni terletak di Pasir Semut , Binjai Kemaman Terengganu..Tasik Biru ni tak pernah diketengahkan sebagai tempat menarik kat Terengganu ke sebelum ni..Atau aku yang tak perasan sebelum ni..

Tasik Biru Kemaman 



Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu


Petang tadi en hubby ajak pergi jalan jalan dan kami singgah kat Tasik   Biru,Kemaman.Masa mula mula tiba kat Tasik Biru tadi,ada satu pasangan pengantin tengah shoot gambar.Wah menarik betul buat sesi photoshoot kat sini.Tempat yang cantik dan cukup mendamaikan.Sunyi jer tempat ni sebab jauh dari hiruk pikuk bandar.Kiranya memang best laa lepak kat Tasik Biru sambil layan perasaan.Bila tengok air tasik yang biru tu hati tertanya tanya..Tempat ni namanya Tasik Biru sebab air dia yang warna biru ke ??....Atau ada nama lain selain nama Tasik Biru.

Tempat Menarik Di Terengganu

Anak anak pon seronok kat sini tapi disebabkan cuaca panas sangat kami tak singgah lama...Nak bergambar pon tak berapa selesa..Sekarang ni kan musim panas..Dah petang pon masih panas lagi.Tapi sempat jugak laa snap beberapa keping gambar anak anak untuk masukkan kat blog.Meh laa kita layan gambar gambar yang sempat kami rakam petang tadi..

Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Lawanyeeee..macam kat overseas pulak. Yang AB tau tasik biru yang kat Johor je. Hehehe.

    BalasPadam
  2. Waaaaa..kalau cuaca redup mesti lagi seronok ni kak....

    BalasPadam
  3. Subhanallah, cantik biru airnya!

    BalasPadam
  4. aik kt mana tu...tak pernah thu pun..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Aida..akk pon baru tau..Ni kat Pasir Semut

      Padam
  5. cantiknyaa..memang sesuai buat outdoor photoshoot kat sini..

    BalasPadam
  6. subhanaALLAH cantiknya tempatnya ... boleh mandi kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau laa acik..boleh ke tidak hehehe tak nampak pon org mandi

      Padam
  7. seronok nyee anak2..wahh..xpernh pegi tgk lg..

    BalasPadam
  8. memang kebiruan.. sesuai ngan nama =)

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Smlm cuba cari tmpt nie...x jumpa pun try waze pun xder...wujud ker tasik biru nie...try jgk tanye kt org yg meniaga tepi jalan..pasir gajah ade tp pasir semut x pernah dengar...😡

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha orang tu memang bukan penduduk situ kot..Pasir Semut mmg ada la kat Kemaman cuma kalau orang2 tertentu dia tak tahu kot..Cubagoogle Pasir Semut memang adalaaa..

      Padam
  11. Balasan
    1. Aikk kenapa pulak tak wujud..kalau tak wujud takle la kami bergambar kat sana..pelik betul la kalau tak wujud sebab ramai orang yg tinggal kat kawasan sekitar tasik ni..memang tahu ..

      Padam
    2. Maaf yer sis....sy xder niat apapun cuma rasa frust sbb tmpt yg di cari x jumpa then bla tanye kt org2 yg meniaga kt tepi jalan itu la jwpn yg diberi...maaf yer

      Padam
  12. Hurm.. kewujudan tasik biru ni kalau nk di ceritakan kt sni tkot jd kontrovesi lak nti.. maafkn sy menyemak k0 blog akak ni.. Tasik Biru letaknya kt kpg batu 13 jalan air ptih.. mmg xkan jpa kalau cri kt psir semut.. Tasik yg npk ctik ni sbnarnya x slamat utk mandi sbb kedalamannya dan air tasik biru ni tgi kandungan logam berat.. dc dr HTAA memberi amaran kpd keluarga saya ms kejadian banjir thun 2014.. umah yg hpr rboh sepenuhnya kt tp tasik tu umah saya.. rtuh kerana kerakusan pengusaha lbong bjih besi yg tdk mhiraukan undang2 dan keselamatan org ramai.. bg mereka yg nk mengunjungi tasik biru di harap dpt menjaga anak2 terutama yg kcil2 krana tbingnya curam dan dalam.. jgn benarkan ank2 mandi..

    BalasPadam
  13. Kenapa tasik ni dinamakan tasik biru ? Sebab airnya berwarna biru kew ? Ada sejarah kew pasal tasik ni ?

    BalasPadam
  14. Kenapa tasik ni dinamakan tasik biru ? Ada sejarah kew pasal tasik ni ?

    BalasPadam
  15. wahh chantekk., dh mcm tasik biru masai je., ;p

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.