Sumbangan DiPerlukan Untuk Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah

March 28, 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...


Sumbangan Di Perlukan Untuk Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.InsyaAllah Khamis ini pihak Muslim Volunteer Malaysia - MVM dan Kelab Blogger Ben Ashaari akan mengadakan program bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.Bagi menjayakan program murni ini,sumbangan dari warga Malaysia amat amat di harapkan.Semoga sumbangan dari anda dapat meringankan beban mereka.


Sumbangan DiPerlukan Untuk Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah



Barangan Yang Di Perlukan Untuk Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah


Untuk maklumat anda,masih ada beberapa barangan bantuan yang masih tiada tajaan iaitu :-

Rak ubat - 1 unit = 1 unit RM200
Pampers TENA - 100 unit = 1 unit RM150
Cadar Katil Single - 30 unit = 1 unit RM40
Beras 5KG - 30 unit = 1 unit RM15.00
Susu Pekat - 100 unit - 1 unit RM3.00
Serbuk Kopi - 50 unit - 1 unit RM3.00
Sos Cili - 20 unit = 1 unit RM7.00
Kismis - 5 unit = 1 paket RM15.00
Kurma - 5 unit = 1 paket RM15.00
Telur - 5 Karton = 1 karton RM10.00
Minyak rambut - 5 unit = 1 unit RM5.00

Pihak Muslim Volunteer Malaysia - MVM memerlukan barangan di atas,untuk diberikan kepada bonda-bonda di Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.Jika ada mana-mana individu yang ingin menaja, bolehlah menyumbang di akaun Maybank seperti yang tertera di bawah.

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
No acc : 56480 164 7699

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Yazid MVM di 013-355 6211.

Jika memerlukan resit selepas tajaan dibuat.Anda boleh taja keluarga ini melalui link


Ikuti Muslim Volunteer Malaysia - MVM





Hulrkan Tangan Ringankan Beban..


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku? Jawab anak Adam:Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam? Firman Allah Taala:Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan? Jawab anak Adam:Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam? Firman Allah Taala:Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku? Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum? Jawab anak Adam:Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam? Firman Allah Taala:Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.

Huraian Hadith: 
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.


Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. In shaa Allah... t kasih atas perkongsian. Semoga Allah memberkati segala usaha yg dilakukan... aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, perkongsian berguna utk sama2 beramal

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.