KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Biobax

Wednesday, 23 March 2016

Dr Zakir Naik Di Terengganu 10 hingga 14 April 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Dr Zakir Naik Di Terengganu


Dr Zakir Naik Di Terengganu 10 - 14 April 2016.Alhamdulillah syukur akhirnya ura ura yang di hebahkan baru baru ini bakal menjadi kenyataan.Dr Zakir Naik sah akan berada di Terengganu pada 10 hingga 14 April 2016.Kerajaan negeri Terengganu akan menganjurkan program jelajah bersama pendakwah ulung,Dr. Zakir Abdul Karim Naik di empat lokasi berbeza bermula 10 April 2016..

Dr Zakir Naik Di Terengganu 10 hingga 14 April 2016 ,Dr Zakir Naik


Orang ramai dijemput untuk mendengar ceramah isu semasa, diskusi agama dan menjelaskan mengenai dalil-dalil sepanjang program tersebut.

Lokasi Jelajah Dr Zakir Naik Di Terengganu 


Lokasi ditetapkan penganjur pada malam pembukaan Jelajah Dr Zakir Naik pada :
- 10 April 2016 Stadium Tertutup Gong Badak,jam (9.00 malam)
- 11 April 2016 Universiti Malaysia Terengganu (9.00 pagi)
- 12 April 2016 Masjid Hadhari,Besut Terengganu (9.00 malam)
- 14 April 2016 Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman (9.00 malam).

Siapa Sebenarnya Dr Zakir Naik


Zakir Abdul Karim Naik atau lebih sinonim dengan nama Dr Zakir Naik.Namanya tidak perlu diperkenalkan dengan lebih terperinci lagi kerana beliau bukanlah ilmuwan picisan malah,rata-rata mengenali tokoh hebat ini.

Dr Zakir Naik


Dr. Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai,India.Beliau mendapat inspirasi dari Syeikh Ahmed Deedat kerana keupayaan menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.Dilahirkan pada 18 Oktober 1965,beliau sangat terkenal dengan teknik pidato serta debatnya sangat mantap dan berkesan.Malah, setiap dakwahnya menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti Bible,Veda, Bhagwad Geeta dan Upandishads.

Bukan sahaja dalam melontarkan pandangan,malah beliau juga mempunyai kebolehan dalam mematahkan hujah pihak lawan dengan jawapan meyakinkan mengenai persoalan yang dikemukakan walaupun secara spontan.Malah,sepanjang pembabitannya dalam bidang ini,beliau berjaya mengislamkan ramai orang di serata dunia dengan kepetahan hujah yang disokong dengan bukti sains dan fakta.Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.Tidak hairanlah jika pendakwah terkenal dunia ini berjaya mengumpulkan hampir 13 juta pengikut di laman sosial facebook miliknya!


Dr Zakir Naik

Tahun 2013, pendakwah global ini juga turut dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435M/2013 pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Ini membuktikan, kehebatan tokoh ini bukan hanya diperakui di negara luar malah, penglibatannya turut mendapat pengiktirafan di negara kita!

Mula terlibat dalam bidang ini sejak 1991,sehingga 2002,beliau telah mengumpul lebih 1,000 ceramah di peringkat antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand dan negaranya sendiri, India.

Menyelak pendidikan awal agamawan ini,beliau ditempatkan di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College,Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai.

Setelah menamatkan pengajian dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) di University of Mumbai, India, hatinya mula berbelah bahagi.Sehinggalah, pada 1991,beliau membuat keputusan untuk berundur dari kerjaya sebagai doktor perubatan dan berjinak dalam dunia dakwah.Setelah memilih bidang dakwah,beliau mula aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti dialog antara agama.

Antara dialog yang paling berjaya ialah ketika bersama Dr.William Campbell dari Amerika Syarikat, pada 1 April 2000.Pencapaian cemerlangnya dalam ilmu agama kurang daripada lima tahun membawa gelaran hebat buatnya iaitu, ‘Deedat Plus’ pada 1994.Paling membanggakan,beliau turut menerima plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada cendekiawan Islam, Ahmad Deedat yang terpahat “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” (“Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mencapai apa yang saya capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”)

Sepanjang penglibatannya,beberapa buku telah berjaya dikarang termasuklah, Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim,Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions,Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding? dan Is The Qur’an God’s Word?

Malah,ulama terkemuka ini mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di atas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam ke dalam bangsa majoriti Melayu.

Sumber : teganukita.my , Wikipedia 

8 comments:

  1. harap diberi keizinan untuk join talk dr zakir naik. really adore him! :D

    ReplyDelete
  2. Salam berblogging... peluang yg baik utk menambah ilmu pengetahuan dari insan yg dihormati dlm dunia Islam.. bestnya...

    ReplyDelete
  3. Bagusnyaaa talk daripada Dr Zakir.. rasa nak pergi je. mesti bestttt

    ReplyDelete
  4. Moga Dr. Zakir datang ke Perlis pula, amat berharap dapat mendengar syarahan beliau...

    ReplyDelete
  5. Untunglah umat Islam di Terengganu dapat bersemuka dengan kehadiran Dr.Zakir Naik.

    ReplyDelete
  6. allahuakbar.. kagum dengan biodata beliau.. semoga allah panjangkan usianya untu terus berdakwah

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, cik en admorer gila dengan ustaz naik ni.. sebab slalu dgr ceramah dia melalui video di youtube.. otak dia mmg otak komputer, dia tau segala juzuk dan boleh bercakap non stop di mana ayat atau surah muka surat brape, chapter berapa.. BUkan sahaja Alquran, 3 lagi kitab pon dia boleh sembang sap sap soi cmtu.. otak dia mmg ... isk.. mmg salute dengan dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah