KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Biobax

EXCHANGEFEDGROUP


Thursday, 4 February 2016

Rengat Selepas Bersalin Dan Petua Rawatan Rengat

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

  Rengat 


Pernah dengar mengenai ''RENGAT '.Apa yang dimaksudkan dengan rengat.Tadi Lya ada terbaca satu post mengenai rengat.Timbul satu idea untuk buat satu entri pagi ni.Untuk post kali ini Lya akan terangkan mengenai penyakit rengat dan serta rawatan yang perlu di ketahui jika ada dikalangan ibu ibu bersalin yang terkena serangan penyakit ini.

Apa Itu Rengat


Rengat adalah sejenis kesakitan seperti senggugut (malah lebih sakit) dan seakan-akan seperti semasa contraction semasa ingin melahirkan anak.Rengat disebabkan darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri yang digelar ''darah bantal''.Jika darah tersebut tidak keluar sama semasa proses kelahiran,darah ini akan bertukar menjadi racun dalam rahim ibu selepas bersalin.Saiz darah rengat berbeza beza.Rengat biasa berlaku semasa berpantang dalam minggu pertama-kedua selepas melahirkan anak.Ada juga ibu-ibu yang mengalami rengat pada hujung-hujung akhir berpantang,tetapi amat jarang berlaku waktu sebegini.Rengat adalah berbeza dengan bentan.Sakit rengatdikatakan seperti sakit dalam proses bersalin iaitu datang sekejap-sekejap dan adakala kerap.Kesakitan berbeza mengikut individu ada yang hilang cepat ada yang berlarutan.Setiap kali menyerang perut akan rasa tegang terutama dibahagian ari-ari.

Tapi jangan terlampau risau dan banyak sangat fikir sebab penyakit rengat ni ada cara nak pulihkan.Cuma lambat dengan cepat je.Ikut atas keadaan seseorang.Kalau cepat hilang alhamdulillah tapi kalau lambat kena nerusaha lebih.Kena rajin merawat diri.

Petua Rawatan Penyakit Rengat 


- Sapu perut dengan minyak urut panas.Langkah ini dipercayai dapat melegakan serangan sakit rengat.Bila dah terkena minyak urut panas memang akan rasa lega.

- Boleh juga gunakan cara bertungku.Bila dah bertungku kita akan berasa lega dan saki baki darah yang masih tinggal dalam rahim mudah untuki keluar.

Rengat Selepas Bersalin Dan Petua Rawatan Rengat


- Minum air rebusan herba dengan madu lebah  bagi membantu proses pengeluaran darah bantal dengan sempurna.

- Sediakan segenggam daun terung mangga yang ditumbuk dengan tujuh hirisan kunyit untuk diambil patinya, dengan sukatan dua ruas jari manis.Minum selama tiga hari berlarutan atau sehingga sembuh.

- Tumbuk kunyit hidup hingga halus, campurkan air asam jawa dan gula merah.Kacau rata dan  sedia untuk diminum.Boleh juga ditambah dengan telur ayam kampung.Minum selama tiga hari berlarutan atau sehingga sembuh.

- Ambil ubat tahan sakit yang disarankan oleh doktor.

Itu saja dapat Lya kongsikan mengenai penyakit rengat dan cara rawatan yang biasa digunakan bagi melegakan diri akibat serangan rengat.Ni antara petua dan rawatan yang Lya baca kat internet pagi tadi.Sumber sumber kat atasLya dapat dari internet.Untuk lebih memahami mengenai penyakit ini sila rujuk pada Doktor yang oakar mengenai permasalahan ini.Terima kasih sudi baca entri ini.Jumpa lagi.

8 comments:

  1. oh! serius tak pernah tau pasal ni...ingatkan masa pantang xde masalah dah..agak akak laa kan..kalau petua sama guna masa senggugut boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Petua minum kunyit tumbuk tu sama dgn keluarga kakak. Tapi petua daun terung mangga kakak baru tahu. Good info. Walau kakak dah tak ada niat nak baby lagi tapi ilmu baru mana tahu akan dtg jaga anak sendiri kan...kan..:)

    ReplyDelete
  3. baru tau pasal rengat ni..nasib baik xkena masa bersalin anak first.ni dah tau boleh prepared...tq untuk info ni ..kite copy masuk blog kite boleh..nnti kite linkkan ke sini...

    ReplyDelete
  4. hehehe baru tahu dan kena ambil tahu

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  5. Anak kedua pernah kena.. Fobia juga bila ingat2 balik...

    ReplyDelete
  6. 1st time dgr pasal rengat ni.. terima kasih...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah