Jarum Mesin Jahit

February 11, 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Jarum Mesin Jahit


Minggu lepas punya cerita.Jarum mesin jahit patah maka kerja kerja tergendala.Nak dijadikan cerita nak pergi beli jarum untuk mesin jahit,tapi dek kerana Raya Cina maka kedai banyak yang tutup.Tak dapat nak beli.Maka tertangguh lagi.Bila nak pergi beli pon tak tahu la.Oleh kerana belum beli lagi maka tangan ni rajin la duk mengoogle mengenai jarum mesin jahit.Nak tahu lebih banyak mengenai jarum mesin jahit.Selama ni duk menjahit jer,tak ambil tahu pasal jarum.Tapi bila dah TERKENA sekali jarum patah,maka semangat nak ambil tahu tu lagi banyak.Bila dah tahu lagi senang la nak membeli nanti.Pada anda yang suka menjahit tapi tak tahu apa fungsi jarum mesin jahit,jenis jarum mesin jahit,kod jarum mesin jahit,saiz jarum mesin jahit dan juga masalah yang disebabkan oleh jarum mesin jahit sila baca entri ini hingga habis ya .

Jenis Jenis Jarum Mesin Jahit 


Universal : Digunakan secara umum untuk hampir semua jenis kain.
Ballpoint and Stretch : Digunakan untuk kain yang berjenis berat,sweater rajut, kain elastis seperti spandex atau lycra.
Microtex and Sharp : Untuk kain berserat kecil, kulit sintetis, pinggiran kain yang harus dijahit tepat.
Leather : untuk menjahit kulit asli.
Denim (jeans) : Untuk jeans tebal, kanvas, kain pelapis, kulit palsu, vinyl.
Handicap/Self-threading : Jarum ini khusus digunakan untuk penjahit yang mempunyai masalah dengan penglihatan.Ini adalah jenis jarum universal dengan lubang jarum yang khusus.

Jarum Mesin Jahit

Jarum Mesin Jahit


Kod Jarum Mesin Jahit 


1) HA - Untuk mesin jahit biasa (kepala hitam atau portable)Seperti Singer,Brother dan yang lain lain.
2) DB - Untuk mesin industri highspeed yang jahit lurus.Seperti mesin jahit Brother,Juki,Jelita .
3) DP - Untuk mesin industri Singer yang boleh jahit lurus dan sulam.
4) DC - Mesin jahit tepi industri. Seperti Singer,Brother,Juki dan lain lain.
5) Bagi pengguna mesin portable hanya perlu memastikan 2 perkara dalam memilih jarum mesin jahit,
a - Kod jarum mesti HA
b - Saiz jarum mesti ikut kesesuaian kain yang hendak di jahit.

Saiz Jarum Mesin Jahit


Berikut merupakan saiz jarum mengikut ketebalan fabrik yang sesuai sebagai panduan anda.Gunakan jarum yang sesuai dengan fabrik baik mesin industri atau portable.Setiap saiz akan memberi efek yang lebih cantik dan kemas jika anda tahu saiz apa yang patut digunakan.

Bagaimana nak kenalpasti jarum apa yang sesuai ... ?

No 9 : Fabrik nipis – Tudung atau sutera
No11 : Fabrik nipis & sederhana tebal – Tudung atau baju kurung
No13 : Fabrik sederhana - Baju kurung
No 14 : Fabrik Sederhana dan tebal – Jahitan pinggang baju kurung
No 16 : Fabrik Tebal – Jeans atau langsir
No18 : Fabrik tebal dan berat – Jeans tebal atau langsir tebal
Jarum Emas : Untuk kain lycra/jersey

Masalah Yang Berlaku Di Sebabkan Jarum Mesin Jahit 


a) Jarum patah
Bila menjahit,hanya mesin sahaja yang berbunyi & berdengung sahaja, tapi jarum tak jalan jalan, Kemungkinan jarum anda tak cukup besar saiznya kerana kain yang dijahit agak tebal seperti bahagian lipatan, pengeras pinggang ataupun kaki seluar. Itu yang akan buat jarum patah

b) Kain berkedut
Apabila jahitan berkedut dan tertarik tarik pada fabrik,maksudnya jarum yang digunakan agak besar dan tidak sesuai.Biasa terjadi apabila menggunakan fabrik yang nipis dan lembut. Jadi tukarlah kepada saiz jarum yang lebih kecil

c) Jahitan lompat lompat
Cuba check betul tak cara jarum dipasang.Biasanya masalah ini terjadi apabila tersalah pasang jarum.

Sumber : Google 

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 sang pencerita

  1. Banyak jenis jarum pula kan. Baru tau..:)

    ReplyDelete
  2. Info menarik... Minat nak menjahit.. Tapi belum sempat nak belajar...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!