KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

EXCHANGEFEDGROUP


Thursday, 11 February 2016

Di Sebalik Pintu 3 Muslim Volunteer Malaysia - MVM

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Ingatkah anda dengan program "Di Sebalik Pintu" yang telah dijalankan oleh pihak Muslim Volunteer Malaysia - MVM pada masa yang lepas ? Jika anda masih ingat mengenai program ini,anda pastinya tertanya tanya bilakah Di Sebalik Pintu 3 akan dilaksanakan.Untuk pengetahuan anda,program Di Sebalik Pintu 3 akan dilaksanakan pada bulan Februari 2016.Di Sebalik Pintu 3 kali ini di Selangor.

Di Sebalik Pintu 1 - PPR Pudu,Kuala Lumpur.
Di Sebalik Pintu 2 - Ampangan,Negeri Sembilan.

Di Sebalik Pintu 3 Muslim Volunteer Malaysia - MVM


Untuk melaksanakan program ini berjalan dengan jayanya,pihak Muslim Volunteer Malaysia sedang mencari golongan keluarga yang memerlukan bantuan,dan pihak MVM akan menilai serta mengkaji apa bentuk bantuan yang harus diberikan kepada keluarga tersebut.

Kriteria yang dicari untuk membolehkan golongan ini di senaraikan untuk program Di Sebalik Pintu 3 ialah :

- Mestilah berkeluarga
- Pendapatan sebulan kurang dari RM900 sekeluarga
- Golongan Asnaf / Miskin
- Keluarga menetap di Selangor

Pihak Muslim Volunteer Malaysia -MVM dengan ini meminta kerjasama semua, jika anda kenal keluarga di dalam komuniti anda yang memerlukan bantuan.

Sila inbox pihak Muslim Volunteer Malaysia -MVM di FB  jika anda mempunyai maklumat.

P/s :Individu yang mencadangkan,mestilah bekerjasama bersama MVM sebagai orang tengah dalam program ini.

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA


Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Muslim Volunteer Malaysia - MVM sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban.Demi Secebis Harapan !!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah