Cara Untuk SAVE POST Artikel Di Facebook

February 21, 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Ok pagi ni Lya nak kongsi satu cara paling senang untuk simpan artikel ataupun video atau apa apa saja yang nak di simpan dari Facebook bagi memudahkan carian semula di masa akan datang.Biasa kalau nak simpan apa apa artikel,kita akan guna butang SHARE yang memang sedia ada kat facebook.Kat Facebook kan ada butang untuk LIKE,COMMENT dan SHARE.Biasa butang SHARE tu la yang kita guna untuk share artikel yang kita suka.Konon konon bila dah SHARE nanti senang nak baca.SENANG SANGATTTT !!..Tapi bila dah terlalu banyak share dekat wall sendiri,sampai masa nak cari balik benda tu susah benar nak jumpa.Al maklum la Facebook update macam macam dalam sehari.Susah jugak nak scrool balik nak cari apa yang kita shere.Ermmm memang tak cari la jawapannya.Kecuali yang memang gigih bebenor mencari.I IS TAK GIGIH YOU !!!! Nak kena scrool memanjang huhuhuhu...Memang tak laaa..Kikikiki..

Ok la sebenarnya selain cara SHARE seperti yang selalu kita buat tu,ada satu lagi cara paling senang iaitu SAVE.Senang cakap dalam bahasa melayu nama dia SIMPAN.Camne cara nak SIMPAN.Ok tengok gambar kat bawah dan cuba buat jadi ke tidak...Detail semua ada kat gambar takut takut ada yang tak faham.Senang jer,macam makan kacang..

Cara Untuk Save Post Artikel Di Facebook

1.Mula mula sekali KLIK tanda anak panah kebawah,di sebelah atas kanan pada artikel,gambar atau video yang anda nak simpan.
2. KLIK pada Save Post.Siap.Mudah jer kan kan kan !!!

Cara SAVE POST Artikel Di Facebook


Cara Nak Lihat Balik Save Post Anda


Cara nak cari atau lihat balik Save Post anda.Ok mudah jer..

1. KLIK pada menu sebelah atas kanan,garisan tiga melintang tu.Boleh tengok pada gambar kat bawah.
2. Bila dah Klik,akan keluar semua sekali yang anda SAVE.Boleh pilih artikel mana yang anda cari.

Cara SAVE POST Artikel Di Facebook




Cara SAVE POST Artikel Di Facebook



Ok dah faham cara dia kan.Apa tunggu lagi sila la gunakan SAVE POST untuk memudahkan anda mencari semua artikel yang anda suka.Semoga bermanfaat buat semua.Terima Kasih..


Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. betul tu kak lya bila banyak sangat share bila nak cari balik susah kena scroll ke bawah balik.. Dengan adanya fungsi sebegini memudahkan kita.. Nice sharing.. :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...terima kasih kak.. :)

    ReplyDelete
  3. tq. x pernah lg try save...lpas ni boleh la save

    ReplyDelete
  4. memang senang nak carik kalau save.. jimat masa drpd dok scroll j, jumpanya idok jugak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.