KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Biobax

Thursday, 14 January 2016

Bracelet Wanita - Aksesori Pelengkap Gaya

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Bracelet Wanita 



Di luar sana terdapat pelbagai jenis aksesori untuk insan bergelar wanita.Salah satu jenis aksesori wanita yang paling popular ialah gelang.Ianya dianggap sebagai women accessories yang paling versatile.Ini kerana ianya boleh dipadankan dengan hampir semua jenis pakaian untuk menghasilkan persalinan yang lebih menonjol dan bergaya! .Pelbagai jenis gelang boleh didapati di pasaran hari ini sama ada gelang yang diperbuat daripada besi,mutiara,manik dan sebagainya dengan gaya yang berbeza mengikut selera dan citarasa si pemakai itu sendiri.Terpulang pada anda untuk memilih mana satu yang anda inginkan untuk lebih bergaya.Gelang juga merupakan ikon fesyen sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang dan terus berevolusi.


Terdapat empat jenis bracelet wanita popular dalam pasaran iaitu :-


Bangle Bracelet



Bangle Bracelet atau di sebut juga gelang kaku kebiasaannya dipakai dalam kuantiti lebih daripada satu untuk ‘mix and match’ bersama dengan pelbagai pilihan material seperti emas, kulit, silver, kayu dan banyak lagi. Bracelet jenis ini versatile dan masih popular kerana boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan.Bangle bracelet biasanya dikenakan di lengan di bawah siku atau boleh juga di kenakan pada pergelangan tangan bagi memberikan tampilan yang menarik untuk bergaya.



Charm Bracelet





Charm bracelet pula digunakan ramai sebagai pengganti barangan kemas yang lain kerana ia bukan sahaja istimewa malah mempunyai maksud yang signifikan tentang personaliti si pemakai.Charm bracelet adalah salah satu jenis gelang yang paling banyak dijadikan sebagai hadiah .Trend pemakaian charm bracelet yang dilihat begitu popular pada masa kini adalah dari jenis manik berbatu yang mempunyai ikatan kemas dan trendy.Pada umumnya gelang ini berbentuk untaian rantai dengan batu batu kecil yang cantik,beraneka bentuk dan digantung di sepanjang gelang.Pelbagai bentuk charm kini terdapat di pasaran dengan rekaan seperti watak animasi,sukan,majlis tertentu,buah-buahan,bunga,huruf huruf dan sebagainya,pasti akan menarik minat wanita di luar sana untuk memilih perhiasan ini sebagai aksesori terbaik mereka.



Cuff Bracelet



Cuff bracelet pada umumnya adalah sejenis gelang yang berbentuk 'C',berkemungkinan besar bentuknya adalah bujur,sangat rapat pada pergelangan tangan dan kadangkala mempunyai strap atau tidak.Cuff bracelet kadang-kala mempunyai rekaan yang plain dan ringkas,tetapi boleh juga dijumpai dengan rekaan yang lebih pelbagai.Hadir dengan pelbagai pilihan stail dan rekaan,ianya merupakan antara pilihan ramai wanita di luar sana.



Pearl Bracelet






Pearl bracelet telah lama popular sejak dari dahulu lagi.Ia merupakan antara aksesori yang wajib ada untuk wanita.Bracelet ini sentiasa menerima permintaan yang tinggi kerana bahan mutiara itu sendiri mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menyerlah dan anggun!.Pearl bracelet adalah metafora yang sangat baik,mengagumkan dan cukup berharga buat wanita.Ianya adalah perhiasan yang sangat bagus untuk dunia fesyen.



Bagi anda yang tercari cari hadiah terbaik untuk sahabat atau keluarga di hari istimewa mereka,apakata hadiahkan mereka bracelet.Pastinya mereka akan gembira mendapat hadiah dari anda.


1 comment:

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah